jgn la pk negatif je. Orang lebih menunjukkan untung atau betapa powernya teknik mereka buat untung tetapi yg rugi tak tunjuk. Dan jugak orang suka cakap pasal benda/market yg dah berlaku daripada market yg belum atau akan berlaku. So tentunya sentiasa bagus dan untung. So sendiri selalu gunakan akal dan hati semasa baca sesuatu kenyataan atau artikel. Jgn la terima bulat bulat terus.
Semua teknik ada baiknya dan jugak ada kelemahan dia. Tetapi orang lebih cerita kelebihan daripada kelemahan sebagai tarikan. Setiap teknik yg anda guna dan belajar, cari dan fahamkan kelebihan, kelemahan dan keberkesanan dlm usaha supaya trading yg ada lakukan sentiasa profit > loss.
Dan setiap teknik juga harus bersesuaian dgn cara u trade. Tak semestinya orang A berjaya dgn teknik tu, then u jugak akan berjaya. Setiap trader ada "art of trading" masing masing. Jadi build up sistem yg sesuai dgn cara u trade.
dan juga sentiasa faham politik dlm forum. Ada baik dan buruknya forum nie. Yang baiknya, semua boleh bertukar pandangan dan berkongsi teknik masing masing supaya dpt bantu membantu, menambah ilmu dan memantapkan lagi teknik forumer yg membaca.
tetapi kena faham juga, dlm forum ada yg taktik yg kurang baik di mana mereka mempunyai byk ID/account dlm sesuatu forum dan ID ID ini akan di gunakan untuk promote dan sokong menyokong satu sama lain untuk menunjukkan sesuatu produk tu bagus.
so yg mana baik dan berguna kita ambil. Tapi jgn la membuta tuli je. Kaji dan selidik dulu bila baca apa apa iklan atau artikel yg kita dpt.
kalau ada yg kurang senang dgn komen komen saya, harap maaf la.
apa apa pun, selamat maju jaya dan selamat berpuasa.