10 tips membina squeeze page yang menarik

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Kita pernah berbincang tentang kepentingan database dan jug acara untuk mengumpulkan database dengan berkesan. Dalam artikel keluaran yang lepas, ada beebrapa tips dan langkah yang sudah sama-sama kita bincangkan iaitu cara untuk menghasilkan free report berkesan untuk anda mengumpul mailing list buat bisnes online anda.

Sekali di ingatkan kepada anda semua yang mahu membina bisnes online anda untuk jangka masa yang panjang. Jika anda mahu membina jenama bisnes anda dengan kukuh berbanding persaing anda yang lain, maka membina database pelanggan adalah satu kemestian yang perlu anda lakaukan.

Hari ini persaingan makin bertambah. Apabila berlakunya masalah yang berkaitan dengan ekonomi Negara, ia memberi banyak impak yang kurang baik kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang makan gaji di sector tertentu sehingga berlakunya banyak kes staf di berhentikan untuk mengurangkan kos syarikat.

Rata-rata mereka yang di berhentikan kerja ini mencari rezeki dengan membuat bisnes dari internet. Oleh itu adna dapat lihat bahawa mereka yang menjadi usahawan internet juga agak ramai. Tidak kiralah mereka melakukan bisnes dropship yang mungkin turut menjual produk yang sama seperti anda, pasti anda dan mereka mempunyai persaingan yang sengit dalam mencari pembeli.

Oleh itu, dengan adanya database pelanggan, akan bergerak dengan lebih cepat ke hadapan berbanding dengan persaing baru dan lama anda. Inilah sebabnya anda harus rajin untuk mengumpul mailing list anda sendiri. Baiklah, jika sebelum ini anda sudah faham apa itu database, apa itu mailing list dan apakah fungsi kedua-duanya kepada bisnes online anda, seterusnya apa yang perlu anda tahu untuk mendapatkan database pelanggan dengan cara yang amat berkesan?

Caranya ialah bina pula squeeze page yang efektif untuk free report anda. Ya, squeeze page ialah satu laman yang lain dari laman web yang lain. Jika anda lihat blog, ia mempunyai posting yang selalu di update setiap hari. Jika anda lihat pula kepada website jualan seperti menjual ebook atau software, laman web itu biasanya mempunyai ayat yang sangat panjang dengan pelbagai bentuk kandungan yang menyokong setiap hujah dan tawaran.

Website ecommerce pula lebih kepada mempunyai pelbagai jenis produk dari pelbagai kategori dan di sertai dengan system autochart.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri sebuah squeeze page? Squeeze page ialah sebuah laman web yang sangat ringkas yang di bina dengan tujuan untuk menawarkan pemawat untuk muat turun pemberian percuma yang ada seperti free report. Memang benar pemberian percuma ini boleh di tawarkan dalam banyak bentuk seperti rakaman video, rakaman audio, free software dan sebagainya, namun free report dalam bentuk file PDF adalah yang paling popular yang di digunakan oleh ramai IM di luar sana.

Jika anda sudah mempunyai free report yang bagus dan bermanfaat yang boleh di berikan kepada orang ramai, kini tibalah masanya untuk anda membina squeeze page untuk free report itu pula. Melalui artikel ini kita akan membincangkan tips untuk membina squeeze page yang dapat menarik ramai orang untuk muat turun free report anda. Lebih ramai orang yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai subscribers anda bagi mendapatkan free report itu, maka besarlah saiz database anda nanti. Kesannya makin besarlah peluang untuk anda melakukan kerja pemasaran dan mendapatkan jualan kelak.

Oleh itu, jom kita sama-sama lihat tips untuk membina squeeze page yang berkesan :

Tips 1 : Membeli domain name dan web hosting


Squeeze page biasanya menuntut anda untuk mempunyai domain name dan juga web hosting anda sendiri. Jadi anda perlulah membelinya dari syarikat yang menyediakan servis ini iaitu melalui netkl.com atau sempihosting.com.

Anda tidak perlu untuk membeli pakej web hosting yang mahal dengan kapasiti terlalu besar. Untuk permulaan anda boleh mengambil pakej yang paling rendah dengan kos yang sangat minima.

Bagaimana pula dengan pemilihan domain name squeeze page anda? Anda boleh memilih untuk membeli domain name yang sama dengan tajuk free report anda. Contohnya jika free report anda mempunyai tajuk “21 Tips Ubati Jerawat” maka domain anda boleh di beli dengan nama www.panduanubatijerawat.com . Sebearnya lebih pendek nama domain anda lebih bagus.

Di sini anda di sarankan untuk memilih domain yang berkaitan dengan niche dan tidak perlu sama dengan free report, itu pun boleh. Akan datang jika anda mahu menawarkan free report baru maka perbaharukan sahaja kandungan squeeze page tersebut.

Contoh jika anda mempunyai niche kencatikan, beli sahaja domain www.cantikmenawan.com . Ini akan menjadi domain utama untuk squeeze page anda. Katakanlah dalam tempoh tahun pertama ini anda mahu mengumpulkan database untuk niche kecantikan dan mahu menjual produk jerawat.

Sertelah mailing list anda mencecah sekitar 10,000 lebih, anda pun mahu memberi focus kepada niche weight loss iaitu menurunkan berat badan. Melalui domain yang sama dan squeeze page yang sama, anda boleh menawarkan free report tentang cara untuk mengurangkan berat badan 5 KG dalam masa sebulan.

Makanya di sini anda boleh berkongsi domain yang sama untuk 2 kategori niche itu tadi kerana domain cantikmenawan.com itu boleh di gunapakai untuk topic kecantikan dan juga kesihatan dan pelangsingan badan. Sudah nampakkah caranya?

Tips 2 : Design


Jika dahulu ramai IM menempah design yang cantik dan professional untuk squeeze page mereka seperti menempah design untuk website jualan. Header dan footer yang di gunakan sangat memukau. Namun yang terkini, squeeze page tidak memerlukan design yang sangat fancy dan terlalu cantik. Cukup sahaja simple dengan header yang mempunyai satu warna, ia sudah memadai.

Ada sesetengah squeeze page langsung tidak menggunakan header dan foter serta design yang menarik. Pendek kata tiada template khusus yang di gunakan, hanyalah background. Pun boleh sebenarnya, asalkan free report anda itu mempunyai daya tarikan nombor 1. Jika anda mahu menggunakan free template untuk squeeze page anda, anda bolehlah klik di link ini :

https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=free+squeeze+page+templates

Ada banyak sekali pilihan template yang boleh anda muat turun. Ada yang memerlukan anda untuk sign up sebagai ahli terlebih dahulu sebelum muat turun template, ada juga yang membenarkan anda untuk terus download template yang di sediakan.

Tips 3 : Autoresponder


Bagaimana jika anda tidak mempunyai autoresponder untuk squeeze page anda? Jika tiada autoresponder system maka anda tidak dapat mengumpul mailing list pelanggan anda ke dalam system database.

Autoresponder boleh anda pilih sama ada melalui getresponse atau pun dari aweber. Kedua-dua syarikat ini menjadi antara penyedia servis autoresponder yang paling lama dan paling professional dari dulu lagi. Ramai IM yang sukses sangat menyarankan untuk kita menggunakan servis dari kedua-dua sumber ini.

Anda boleh menonton video tutorial yang di sediakan di ruangan member dan lihat bagaimanakah caranya untuk anda letakkan borang sign up di laman squeeze page anda dan bagaiman untuk set up emel pertama dan emel follow up kepada semua subscribers.

Autoresponder mungkin agak rumit untuk mereka yang baru bermula namun lama kelamaan anda akan sudah terbiasa dengan segala fungsi yang anda. Ini kerana fungsi tools yang di sediakan oleh pihak autoresponder ini hampir sama dengan system emel yang di sediakan oleh gmail atau yahoo.com .

Tips 4 : Tajuk utama


Di dalam squeeze page anda, hal pertama yang perlu di beri perhatian ialah tajuk utama di mana ia menjadi antara ayat yang paling awal yang dapat menangkap pelawat untuk terus jatuh cinta dengan tawaran anda.

Biasanya ayat atau tajuk utama ini di tulis dengan saiz font yang lebih besar berbanding teks yang lain. Untuk tajuk besar ini anda boleh gunakan warna merah atau warna biru tua supaya ia Nampak berbeza dari yang lainnya.

Bagaimana untuk menghasilkan tajuk utama ini? Gunakanlah ayat yang membicarakan tentang masalah utama orang ramai. Sebagai contoh, jika anda menawarkan free report yang mempunyai tips untuk mengurangkan jerawat, anda boleh menggunakan tajuk utama seperti “ Adakah Mahu Mengurangkan Jerawat Dengan Segera?” atau pun seperti “ Adakah Anda Hampir Putus Asa Dengan Masalah Jerawat Anda?”.

Tajuk itu juga boleh di gunakan dengan maksud penyelesaian masalah seperti “Mahukah Anda Tahu Rahsia Hilang Jerawat Dalam Masa Seminggu?”. Ini juga dapat menarik perhatian orang ramai untuk muat turun free report anda. Ia boleh di ubah dari masa ke semasa.

Tips 5 : Point


Point biasanya di gunakan untuk menghighlight informasi yang di kongsikan dalam free report anda. Contoh, jika free report itu tetang info jerawat, letakkan highlight utama tips yang di sediakan seperti, factor kenaikan jerawat, tips mengurangkan jerawat dalam seminggu, tips pengambilan pemakanan, tips membersihkan muka sebelum dan selepas tidur, dan lain-lain lagi.

Semua ini boleh di jadikan point untuk di letakkan ke dalam squeeze page anda nanti. Point tidak perlu terlalu panjang, cukup sekadar ayat ringkas baris demi baris.

Tips 6 : Ecover


Ini mungkin optional buat anda. Anda boleh memilih untuk meletakkan ecover atau tidak. Tetapi jika anda mahu terus menarik perhatian para pelawat untuk tidak sabra bagi muat turun free report anda, dari segi psikologi gambar ecover sangat membantu. Anda boleh menempah ecover yang cantik dan menarik di fiverr dengan kos sekitar RM 20.00

Tanyakan juga jika seller di gig fiver dapat memberikan anda secara percuma file dalam bentuk PSD. Kelak file ini anda boleh edit untuk menghasilkan ecover dengan tajuk yang berlainan bagi niche yang sama, di sini anda boleh berjimat wang untuk mendapat ecover baru bagi niche yang sama.

Paling penting saiz ecover anda janganlah tertalu besar dan terlalu kecil, cukup sekadar saiz yang sederhana yang sesuai dengan paparan di laman squeeze page anda.

Tip 7 : Gambar sokongan


Sekali lagi, gambar sokongan adalah optional dan anda di beri pilihan untuk mahu meletakkannya atau tidak. Sebagai contoh, untuk free report tentang jerawat anda boleh letakkan gambar muka ornag yang berjerawat sebelum dan selepas.

Tip 8 : Video


Video juga boleh anda letakkan untuk menggantikan gambar. Ramai IM di luar Malaysia gemar meletakkan video sebagai kandungan sokongan di dalam squeeze page mereka.

Tip 9 : Borang


Letakkan borang untuk pelawat sign up di bahagian bawah atau sebelh kiri/kanan. Anda hanya perlu memilih nama dan alamt emel sebagai maklumat utama untuk anda kumpulkan dari prospek anda, elakkan daripada meletakkan alamat, jantina nombor telefon kerana pelawat tidak gemar untuk mengambil masa yang lama untuk mengisi banyak perkara.

Tip 10 : Laman contact


Sediakan juga laman untuk pelawat menghubungi anda. Jika tiada anda boleh letakkan emel anda di bahagian footer.

Penutup :


10 tips untuk membina squeeze page berkesan sudah di kongsikan dengan anda. Semoga semua tips ini dapat anda gunakan untuk membina database pelanggan anda nanti. Akan datang kita akan bercakap pula bagaimana untuk menarik trafik ke laman squeeze page anda.
 
Top