10 sebab website anda gagal menghasilkan jualan hebat-bahagian 1

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Tahukah anda bahawa tidak semua kejayaan sesebuah website jualan itu dapat mencatat jualan yang tinggi tanpa usaha yang kuat dari mereka yang berada di belakang tabir. Mungkin anda pernah melihat ada banyak cerita sukses dan manis yang di catat ramai usahawan internet Malaysia yang mana mereka Berjaya menghasilkan jualan sehingga 4 ke 5 angka sebulan dari sebuah website jualan.

Website yang menjual produk untuk pakaian bayi, produk digital dan sebagainya sememangnya boleh mencapai jualan yang hebat jika anda melakukannya dengan cara yang betul. Namun begitu tahukah anda tidak semua website jualan yang wujud di internet itu dapat menghasilkan jualan yang banyak? Jangan terkejut jika ada di kalangan website jualan ini langsung tidak mencatat apa-apa jualan malah terpaksa berkubur selepas setahun berada di alam maya.

Memang jika kita katakan tidak akan ada kejayaan yang manis tanpa usaha yang kuat dan betul. Oleh sebab itu melalui artikel ini kita akan membincangkan kepada anda 10 sebab kenapa sesebuah website jualan itu tidak dapat mencatat jualan yang agak tinggi walhal jumlah trafik yang masuk ke website itu setiap hari agak tinggi. Ini satu hal yang menakutkan apabila anda sudah bertungkus lumus melakukan kerja pemasaran dan kos serta modal sudah habis di ratah oleh facebook ads dan adwords, namun jualan dari website kita itu masih belum terhasil.

Oleh itu, anda wajib untuk menelaah dan meniliti semula apakah punca atau masalah yang sedang berlaku dalam website jualan itu supaya anda akan dapat memperbaikinya dengan cepat. Katakanlah, produk yang anda jual itu berkualiti dan juga dapat memenuhi permintaan ramai, kerja pemasaran juga Berjaya menarik ratusan dan ribuan trafik namun sales yang berlaku tidak setimpal dengan usaha pemasaran yang anda lakukan.

Di sinilah kita akan mula membuat siasatan untuk mencari titik kelemahan yang ada di website jualan anda pula. Iaitu :

Pertama, website tidak professional :


Melalui internet, pembeli tidak dapat melihat barang yang mahu di beli di depan mata dan ia tidak dapat di pegang seperti mana mereka membeli secara offline. Pembeli juga tidak dapat bertemu antara dua mata antara diri mereka dan juga penjual. Oleh itu untuk meyakin kan pembeli bahawa mereka membeli dari orang yang serius dan professional adalah dengan cara memperlihatkan mereka dengan design website jualan yang professional.

Bagaimanakah design website jualan itu di lihat seperti professional di mata para pembeli? Pertama, upah designer untuk menghasilkan design yang cantik dan kemas khusus untuk produk anda, dan bukannya design itu di ambil dari laman web google di mana ia boleh di gunakan berkali-kali untuk website yang lain.

Biasanya designer yang merekacipta design unik untuk website jualanb anda lebih tahu apa yang bagus untuk website tersebut sama ada dengan meletakkan nama produk anda di bahagian header atau footer dan juga menggunakan gambar yang unik dari website jualan lain untuk anda.

Oleh itu, keunikan design yang terhasil akan membuatkan website jualan anda Nampak lebih cantik dan professional. Jika anda melawat website jualan yang mempunyai eader yang simple, senget dan tidak teratur, ia akan memberikan gambaran bahawa si penjual yang menjual dari website ini mungkin tidak serius untuk berniaga.

Walaupun kata-kata usah di hakimi buku pada kulitnya, namun begitu tetap ramai pembeli di laman internet gemar untuk menilai sesuatu itu melalui mata terlebih dahulu. Jika website jualan yang di sediakan nampak tidak menarik, kemungkinan besar untuk pelawat untuk terus berada lebih lama di website jualan akan berkurang. Mungkin sahaja mereka hanya berada di website anda sekitar 10 saat kemudian mereka pun beredar meninggalkan website itu.

Makanya kerja pemasaran anda sepertinya tidak memberikan impak apabila website yang di harapkan tidak Berjaya menukarkan pelawat atau prospek kepada pembeli. Sedih bukan?

Berapakah kos untuk mempunyai design website yang unik dan professional untuk website anda? Ia begrnatung kepada syarikat mana yang anda ambil dan upah mengikut pakej yang ada. Biasanya sekitar RM 250 sehingga RM 300 sudah OK. Anda mungkin akan mendapat pakej design untuk header, footer, kotak testimony dan juga ecover, itu sudah cukup.

Kedua, tagline serta utama tidak menarik.


Sebab itu ayat timeline di reka sebagai senjata paling awal untuk menangkap perhatian pelawat agar terus berada di website jualan dan melihat tawaran yang ada. Jika anda menggunakan tagline, tajuk utama yang lemah, maka ia tidak memberi apa-apa impak ketika pelawat website anda membacanya.

Bagaimanakah untuk menulis tajuk yang memberi impak di mata pembeli? Pertama, pilih ayat yang menyebut tentang masalah yang sering berlaku kepada pembeli. Katakanlah anda menjual panduan buat duit melalui system dropship, maka anda boleh menulis tajuk seperti “Pernahkah Anda Mengalami Masalah Kewangan Yang Tidak Cukup Setiap Bulan?”. Memandangkan ramai orang yang mengalami masalah kewangan dan anda pula mahu menunjukkan cara-cara untuk mendapatkan wang tambahan melalui bisnes dropship, maka pertanyaan tentang masalah kewangan mereka boleh menarik minat mereka.

Tagline dan tajuk yang menarik adalah ayat yang sesuai dengan situasi yang sedang mereka alami.

Selain itu anda juga boleh menggunakan ayat dalam bentuk berupa panduan buat mereka contohnya,“Mahukah Anda Belajar Buat Duit 4-5 Angka Melalui Internet?” atau pun begini “Mahukah Anda Tahu Cara Menjual Produk Tanpa Modal?”. Ini juag dapat menarik minat mereka yang mahu menceburkan diri dalam bisnes online.

Anda juga boleh menggunakan ayat dalam bentuk kisah benar dan kisah kejayaan. Sebagai contoh, “Ketahui Rahsia Seorang pelajar Kolej Buat Duit RM 3,560.00 Dalam Masa 7 Hari”. Ini juga akan memberi impak yang besar ketika mereka membacanya. Mereka yang merupakan suri rumah, pekerja sector awam dan swasta serta pelajar IPT pasti juga mahu melakukan perkara yang sama seperti pelajar kolej yang sukses itu.

Jadi, secara mudah kita boleh simpulkan, tajuk yang menarik adalah tajuk yang dapat memahami kehendak dan kemahuan para pembeli, apa yang mahu di pelajari oleh mereka dan apa yang mahu mereka perlu untuk mengatasi masalah yang sedang mereka pikul.

Ketiga, tiada bukti keberkesanan.


Setelah mereka membaca semua surat jualan yang di tulis oleh anda dari atas sampailah ke bawah, website jualan anda pula gagal membuktikan bahawa apa yang di canang itu sebenarnya berhasil. Jika tiada bukti yang menunjukkan tawaran anda itu berkesan, maka anda seperti mempunyai sebuah ucapan yang punya pendahuluan, hujah namun tiada penutup yang sempurna.

Sebagai contoh, jika anda menjual panduan untuk mengurangkan berat badan, pembeli mahu tahu adakah panduan anda itu memberi kesan positif kepada pembeli yang sudah sedia ada?

Atau adakah seller hanya syok sendiri yang suka bermain dengan teori semata-matanya? Maka di sini sangatlah perlu untuk anda menambah kandungan surat jualan anda dengan beberapa bahan sokongan mungkin dalam bentuk ga,bar atau rakaman video.

Jika anda meletakkan gambar sebelum dan selepas yang di uji oelh anda sendiri, maka cara ini adalah sangat bagus. Sebagai contoh, dengan menjual panduan untuk menguruskan berat badan, letakkan gambar anda sebelum dan selepas anda mengamalkan semua ilmu yang ada dalam panduan anda.

Begitu juga untuk niche buat duit online. Kongsikan print screen pendapatan yang anda Berjaya hasilkan melalui cara dari panduan yang anda sediakan itu. Ini kerana pembeli hari ini sudah semakin bijak dan mereka tidak mahu lagi terlalu taksub dengan cerita indah yang di tulis oleh penjual melalui website jualan masing-masing.

Apa yang pembeli mahukan ialah penerangan yang jelas tentang tawaran produk yang di jual oleh penjual, apakah kelebiahn produk tersebut, apakah manfaat yang mereka bakal dapat dari produk itu dan adakah ia benar-benar berkesan? Jika berkesan selama mana hasilnya boelh di lihat?

Ini antara soalan-soalan yang selalu di lontarkan oleh pembeli ketika mereka menyelidik dan menganalisa website jualan anda. Maka dengan itu kukuhkan keyakinan para pembeli dengan meletakkan inout sokongan berupa bukti kejayaan dari anda sendiri sebagai penjual.

Keempat, tidak kenal siapa penjual


Jika anda merupakan kali pertama menjual produk di internet dan diri anda serta bisnes baru sahaja bertapak dan baru di kenali orang, sudah tentu ada sedikit keraguan yang timbul di hati pembeli untuk membeli dari anda.

Ini adalah satu perkara biasa kerana pembeli hari ini gemar untuk berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan. Oleh itu anda perlu memperkenalkan diri anda dengan panjang lebar di website jualan anda agar mereka tahu anda latar belakang anda sebagai penjual.

Biasanya pengenalan diri ini akan di letakkan selepas perenggan tawaran iaitu ketika dalam perenggan kedua atau ketiga.

Perenggan terawal biasanya akan menyentuh tentang permasalah yang berlaku kepada pembeli. Selepas itu penjual akan memperkenalkan dirinya seperti nama, dari mana, apa aktiviti yang di lakukan seperti bekerja di mana atau sedang melakukan bisnes apa.

Jika mereka menjual panduan dalam menyelesaikan masalah mereka sendiri akan menceritakan tentang kesusahan dan kepayahan dan di hadapi ketika mahu sukses. Maka dengan meletakkan kisah peribasi di surat jualan, ia akan menimbul rasa percaya dari semua pembaca bahawa si pinjual ini bukanlah orang biasa-biasa. Mereka tahu apa yang mereka tawarkan kepada orang ramai.

Namun jika website jualan itu tidak menceritakan tentang diri anda dan terus ada ayat tawaran pembelian, ia seperti penjual sangat terdesak untuk meminta wang dari pembeli. Website jualan yang bagus ialah website yang mahu mengajak para pembeli untuk mengenal diri mereka terlebih dahulu. Anda boleh meletakkan link akaun facebook atau twitter anda di laman jualan agar mereka dapat melihat aktiviti posting anda di laman social.

Jika pelawat masuk ke website jualan anda melalui link affiliate mereka yang sudah pajar, maka kredibiliti anda akan mencanak naik dengan cepat kerana biasanya pakar sudah menceritakan sedikit sebanyak latar belakang anda ketika mereka menulis surat jualan sama ada melalui emel atau facebook.

Di surat jualan pula anda juga boleh meletakkan gambar anda berukuran passport. Jika anda letakkan logo syarikat juga tidak mengapa. Anda haruslah merelakan pembeli untuk menghubungi anda dan mengenali anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Ini kerana ada ramai juag pembeli mahu mengenali penjual dengan lebih dekat dan mahu menguji kualiti customer support yang mungkin di sediakan oleh si penjual. Jika anda malas untuk reply emel dan PM mereka, ada kemungkinan mereka tidak mahu membeli dari anda kerana khuatir emel mereka selaku pembeli nanti juga tidak di layan.

Oleh sebab itu jangan memilih bulu. Walaupun mereka masih belum menjadi pembeli official anda, anggaplah mereka itu prospek yang mempunyai potensi untuk menjadi pembeli anda akan datang sama ada cepat atau pun lambat.

Penutup :


Melalui artikel ini kita sudah membincangkan sekitar 4 punca kegagalan website dalam melakukan jualan. Semua factor sudah di jelaskan dengan panjang lebar beserta dengan solusinya. Dalam bahagian kedua pula nanti, kita akan sambung pula topic yang sama dengan kupasan yang berbeza. InsyaAllah.
 
Top