Dalam Negara 10 KOMIK MALAYSIA PALING TERKENAL DI NEGARA KITA

Galaksi Viral

freshman
Joined
Feb 8, 2017
Messages
32
Points
6
Age
37
GALAKSI VIRAL - Komik keluaran Malaysia pernah mencetuskan fenomena yang sangat hebat di kalangan pembaca komik tempatan kerana keunikan dan originaliti komik kartun itu sendiri. Ianya pernah mencapai zaman kemuncak bermula era 80 an sehingga awal 2000 an.



Sejarah permulaan majalah komik dan kartun Malaysia dikatakan bermula dengan penyiaran kartun komik di dua akhbar iaitu Warta Ahad (sekitar Mei 1936) dan Warta Jenaka (sekitar September 1936). Untuk era 1940 an pula, kebanyakan komik kartun boleh didapati di dalam akhbar Majlis. Antara majalah komik lama yang pernah mendapat tempat di hati peminat komik zaman dahulu ialah seperti Majalah Komik Melayu 1953, Komik Kasturi 1955 dan banyak lagi. Yang menariknya, komik era ini turut ditulis di dalam Bahasa Jawi selain daripada Bahasa Rumi yang kita gunakan sekarang.



Contoh Komik Dan Kartun Era 1950 an
Dari Kini Ke Kanan
Majalah Komik Melayu 1953, Komik Kasturi 1955, Kelawak Hiburan Majalah Hiboran 1952
Kredit Gambar Kepada Blog Encik Rudimahmood


Itu adalah serba sedikit sejarah awal komik di Malaysia. Kini, mari kita lihat komik manakah yang pernah mencetuskan fenomena hebat di kalangan peminat komik tempatan dan tahun bilakah naskhah pertama komik ini diterbitkan di Malaysia. Susunan komik di bawah adalah mengikut tahun terbitan tahun pertama komik masing-masing. Gambar majalah yang ditampilkan juga adalah isu pertama untuk semua terbitan komik di bawah. Jom kita baca.


KOMIK TEMPATAN
PALING TERKENAL DI MALAYSIA
SEPANJANG ZAMAN

01. GILA - GILA


TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : 01 April 1978
TAMAT : -
KARTUNIS : Mishar, Jaafar Taib, Ujang, Rasyid Asmawi, Fatah Ngah, Cabai, Kerengge etc
CATATAN :
Majalah komik paling lama bertahan di Malaysia dan jualannya pernah mencecah ratusan ribu naskhah ketika di era puncak kegemilangannya. Gila-Gila juga masih mempertahankan identiti komiknya yang tersendiri walaupun sudah melalui pelbagai era di sepanjang penerbitannya.

Kalau nak baca lebih lanjut, jom baca di link ini >>> http://galaksiviral.blogspot.my/2018/01/10-komik-malaysia-paling-terkenal-di.html
 
Top