Color
Background color
Background image
Border Color
Font Type
Font Size
  1. Rupanya masih ramai lagi manusia di dunia ini yg percaya bahawa bumi ini adalah flat, mendatar dan leper. Sifat kepercayaan ini juga telah menyebabkan tertubuhnya salah satu persatuan/organisasi antarabangsa iaitu seperti The Flat Earth Society atau Persatuan Bumi Leper untuk menyokong teori ini. Secara asasnya, persatuan ini berperanan dalam menyebarkan segala maklumat berkaitan bumi adalah leper dan mendatar kepada seluruh masyarakat antarabangsa melalui saluran sosial media dan media cetak. Jika mengikut sejarah tamadun dunia, isu bumi berbentuk mendatar ini sudah lama menjadi kepercayaan kaum purba dahulu seperti zaman Greek purba ( -300 hingga -31 sebelum tahun Masihi), empayar Gupta India purba (320 hingga 550 tahun Masihi) dan tamadun China sehingga abad ke 17.

    [​IMG]
    Ilustrasi Bumi Mendatar

    Kewujudan persatuan ini juga telah menarik ramai peminat yang mempercayai teori ini. Majoriti ahli organisasi pertubuhan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan negara. Malah ada juga ahli pertubuhan ini datangnya daripada mereka yg mempunyai kelayakan akademik yg tinggi. Mengikut sejarah pertubuhan organisasi ini, ianya bermula apabila Samuel Shenton menubuhkan persatuan ini di Dover, United Kingdom pada 1956 dan mengetuainya sehingga tahun 1971. Selepas itu, Charles K. Johnson dari Amerika Syarikat pula meneruskan aktiviti organisasi ini dari tahun 1972 sehinggalah tahun 2001. Terkini, Daniel Shenton pula menjadi Presiden persatuan ini daripada tahun 2004 sehinggalah sekarang di mana ia berpangkalan di Hong Kong. Berikut ialah antara hujah atau pernyataan yg sering diwarwakan oleh golongan ini dalam usaha mereka membuktikan bahawa bumi adalah flat. (Dewan Kosmik, Disember 2016) :
    • Kaki langit adalah mendatar dan rata sempurna. Menurut mereka, hujung laut kelihatan mendatar jika dilihat oleh manusia di tepi pantai.
    • Pada ketinggian 32 kilometer, hujung kaki langit masih kelihatan mendatar dan tidak melengkung.
    • Jika bumi berbentuk sfera, air sepatutnya berkocak tetapi hakikatnya air kelihatan sentiasa dalam keadaan tenang
    • Jika bumi berputar pada paksi, kapal terbang yg bergerak sama arah dengan putaran bumi pastinya tidak akan sampai ke destinasi yg dituju kerana putaran planet Bumi 800 km/j.
    • Samuel Rowbotham di dalam bukunya bertajuk Bumi Bukan Glob pernah membuat hipotesis bahawa bumi adalah flat/cakera rata dengan kutub utaranya di bahagian tengah. Cakera ini dikelilingi dengan dinding ais dan Antartika berada di selatan Bumi. Jarak Bulan dan Matahari daripada bumi pula dikatakan 4800km dan kosmos lain pula terletak pada ketinggian 5000 kilometer di atas Bumi.

    Itu adalah antara hujah2x yg selalu dikatakan oleh pengikut kepercayaan teori ini. Jika anda pernah melihat filem Hollywood God Of Egypt keluaran tahun 2016 ada menunjukkan yg Bumi dalam cerita ini adalah flat.

    Jika berminat artikel selanjut, boleh baca di sini >>> Galaksi Viral: Masih Ada Manusia Percaya Bumi Ini Flat @ Mendatar ?
  2. Terdapat 11 planet paling ganjil dan aneh yg pernah dijumpai oleh ahli sains ketika ini. Kewujudan planet-planet ini sememangnya di luar kotak pemikiran manusia kerana memiliki ciri-ciri planet yg tidak munasabah secara logik akal dan masih menjadi misteri kepada manusia sehingga kini.

    [​IMG]



    01. J1407-B - Bintang Gergasi Gas Dengan Lingkaran Raksasa Sekelilingnya
    Ia dikenali sebagai salah satu bintang gergasi gas yg mempunyai lingkaran gergasi paling besar pernah dijumpai di dalam galaksi ketika ini. Disebabkan ia mempunyai lingkaran seperti planet Zuhal, ia juga dikenali sebagai Super Zuhal. Jarak dari Bumi ke bintang ini ialah 420 juta cahaya. Ia mempunyai satu Bulan besar dan juga beberapa Bulan kecil disekelilingnya. Dikategorikan sebagai bintang muda kerana dianggarkan baru berusia 16 juta tahun. Bintang ini masih dalam perbincangan samada ia adalah sebuah planet atau tidak dan ianya hanya dapat diketahui selepas ekspedisi sains yg
    di hantar ke bintang ini sampai pada tahun 2347. Bintang ini mulai dijumpai pada tahun 2012 oleh ahli astronomi bernama Eric Mamajek di Universiti Rochester, New York.


    [​IMG]

    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]
    Illustrasi J1407-B





    02. HD 106906 b - Planet Paling Mustahil Pernah Wujud Di Galaksi
    Planet ini dikatakan sebuah planet yg mustahil utk wujud kerana kedudukannya yg begitu jauh daripada hos bintang dan tidak menepati teori formasi planet. Planet di luar Bima Sakti ini adalah 11 kali lebih besar daripada Musytari dan mengorbit hos bintangnya dengan jarak 650 kali ganda jika dibandingkan dengan jarak Bumi dengan Matahari. Ia bermakna ia mengorbit bintang hosnya dengan jarak sejauh 60 billion km. Planet ini dianggarkan baru berusia 13 juta tahun dan mempunyai suhu planet setinggi 1500 darjah celcius. Saintis masih lagi membuat kajian bagaimana planet ini boleh wujud sedangkan ia begitu jauh daripada bintang hosnya. Pernah tgk rancangan fiksyen Dr. Who ? Rancangan sains fiksyen daripada Britian ini mengisahkan Dr Who yg pergi menjelajah ke seluruh galaksi melalui laluan masa dan angkasa. Cerita ini mmg best dan sudah ditayangkan sejak tahun 1960 an sehinggalah kini. Satu petisyen telah dikeluarkan oleh masyarakat dunia agar planet ini dinamakan planet Gallifrey (planet asal Doctor Who tetapi hilang di luar galaksi).Namun ia tidak diterima oleh International Astronomical Union.

    [​IMG]
    Illustrasi planet HD 106909 b




    03. TrES-2B - Planet Paling Gelap Di Seluruh Galaksi
    TrES 2-B atau Kepler 1-B dikatakan planet paling gelap yg berada di luar Sistem Suria kita. Ianya terletak 718 tahun cahaya dari Sistem Suria. Planet ini dikatakan paling gelap kerana ianya hanya memantul 1% terhadap sebarang cahaya mengenainya. Planet ini juga berada sgt dekat dengan bintangnya dan termasuk dalam kelas planet Musytari Panas atau Planet Panggang. Planet ini mempunyai suhu permukaan setinggi 1100 darjah celcius.

    [​IMG]
    Ilustrasi Planet TrES -2B


    04. 55 CANCRI e - Planet Batu Permata
    Planet ini unik kerana planet dipenuhi dengan batu permata yg terhasil daripada hasil proses bahan kimia semula jadi yg terdapat di planet ini. Ia berada dengan jarak 40 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita. Ia juga digelar Super Bumi yg pertama di jumpai dan bersaiz 2 kali besar daripada diameter Bumi serta mengambil 2.8 hari utk mengorbit bintang hosnya. Ia juga digelar sebagai Planet Karbon kerana mengandungi lebih banyak karbon daripada oksigen di planet ini. Planet ini juga mempunyai nama lain iaitu Janssen.

    [​IMG]

    [​IMG]
    Illustrasi Planet Permata @ 55 CANCRI -E


    05.GLIESE 436 b - Planet Ais Tapi Panas
    Planet ini adalah planet ais tapi terbakar. Sejuk tapi pada masa terbakar atau panas. Keliru kan. Planet ini bersaiz planet Neptune dan dipanggil Hot Neptune yg pertama. Planet ini mmg unik kerana planet ini sejuk seperti ais tetapi pada masa yg sama permukaannya juga sgt panas sehingga terbakar kerana terlalu dekat dengan bintang hosnya. Sebab utama kenapa ais di planet tidak cair adalah disebabkan tarikan graviti planet ini yg sgt kuat terhadap ais di permukaan planet ini dan ia menghalang daripada ia cair walaupun suhu planet ini sgt panas. Planet ini terletak sejauh 33 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita.


    [​IMG]


    [​IMG]
    Illustrasi planet GLIESE 436 B




    Jika ingin membaca artikel selanjutnya, boleh la baca di link ini >>>https://galaksiviral.blogspot.my/201...ganjil-di.html
  3. 16 Lagu Fauziah Latiff Paling Popular Sepanjang Zaman

    Fauziah Latiff adalah salah satu nama besar dan ikon muzik dalam industri muzik Malaysia. Album pertama beliau berjudul Digamit Memori terbitan tahun 1988 telah berjaya menjadikan Fauziah Latiff sebagai salah seorang artis baru paling popular dan berjaya pada masa itu. Fauziah Latiff cukup terkenal dengan lagu Balada romantis dan lagu rancak. Malah, beliau juga sgt hebat menari apabila melakukan persembahan dengan lagu rancak. Antara anugerah utama yg beliau pernah terima ialah menjadi Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989, Penghibur TV Wanita Popular ABPBH 1992 & 1993, Juara Lagu 1993, Video Muzik Terbaik Anugerah Video M 1996 dan banyak lagi. Kini, setelah hampir 30 tahun dalam industri muzik Malaysia, pastinya banyak lagu hits dan popular beliau menjadi sebutan para peminatnya. Jom kita lihat lagu manakah paling popular atau menjadi signature song beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia.

    [​IMG]
    Diva Pop Malaysia Fauziah Latiff
    01.Kau Merubah Segalanya (1989)
    Komposer : Manan Ngah / Penulis Lrik : Manan Ngah
    Pada pendapat saya, lagu ini boleh dikatakan lagu Balada Fauziah Latiff yang pertama yang betul2x popular di kalangan peminat muzik tanahair. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang insan yg pernah kecewa dalam percintaan tetapi kini kembali bercinta dan berharap kekal bahagia selamanya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat :
    "Tercipta suatu ikatan
    Yang kita bina
    Dari kehancuran masa silam"


    [​IMG]
    Kulit Album Kau Merubah Segalanya

    02.Bukan Kemahuan Fikiran (1990)
    Komposer : Manan Ngah / Penulis Lirik : Bob Lokman
    Lagu ini antara lagu paling kerap di bawa oleh peserta nyanyian dalam pertandingan nyanyian pada awal 90 an. Irama lagu yang lembut dan lirik puitis telah menjadikan lagu ini sgt popular pada tahun 1990. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih yang terpaksa melepaskan kekasihnya kerana tiada keserasian. Antara lirik menjadi siulan peminat :

    "Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
    Begini lama setelah tiada jalan penyudah
    Jiwa yang hampa kan bertanya apa.. masih"


    [​IMG]
    Kulit Album Kini

    03.Aku Masih Seperti Dulu (1991)
    Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Juwie
    Lagu Balada ini telah meneruskan populariti Fauziah Latif dalam lagu Pop Romantis. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang sgt mencintai pasangannya dan cintanya tetap tidak berubah walaupun pasangannya tu mungkin pernah melukainya. Antara lirik menjadi siulan peminat :

    "Aku masih seperti dulu dahulu
    Merahnya cintaku
    Menyala di kalbu"


    [​IMG]
    Kulit Album Tiada Noktah Cinta

    04.Gubahan Rindu Puisi Shahdu (1992)
    Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Fauziah Latiff
    Lagu ini boleh dikatakan lagu yang membawa Fauziah Latiff ke satu tahap populariti yg berbeza sebelum ini. Ini disebabkan lagu ini menjadi sgt fenomena pada tahun 1992 sehingga ia layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan luahan seorang kekasih yang kecewa dalam percintaan tetapi tetap tabah menghadapinya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
    "Hati ini, walaupun telah dilukai
    Namun diri tabah jua menghadapi
    Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
    Oh menyepi nan sebuah hati
    Yang luka ini"


    [​IMG]
    Kulit Album Gubahan Rindu Puisi Shahdu

    Kalu nak baca selebihnya, boleh la klik ini >>> Galaksi Viral: 16 Lagu Fauziah Latiff Paling Popular Sepanjang Zaman
  4. Korang selalu tak, tengah-tengah lepak pastu tetiba.. bff atau ‘bro’ korang keluarkan idea yang sangat spontaneous untuk pergi bercuti. Sebenarnya lagi best tau bila pergi bercuti tanpa prior planning. Confirm menjadi!
    Eh, come on la.. Kalau asyik kerja je, bila masanya korang nak have fun dan spend masa berkualiti dengan yang tersayang kan? So, kali ini korang perlu tekad untuk laksanakan misi 6 trip kasi redah ke lokasi yang bak kata orang putih ‘hidden gems’ di Malaysia ni!
    Apa lagi, jomlah check all the list dengan geng trip kasi redah korang!

    1) Berfoto persis Salar De Uyuni di Sasaran Kuala Selangor
    Tahu tak Salar De Uyuni tu apa? Ia merupakan salt flat terbesar di dunia yang terletak di Bolivia yang mana akan terhasil imej pantulan apabila korang berdiri di atasnya.
    Tapi, korang tau tak yang korang boleh dapatkan foto se’cun’ di Salar De Uyuni hanya di perkampungan nelayan bernama Sasaran Kuala Selangor?
    [​IMG]

    2) Maldives? Eh, pergi Pulau Besar, Mersing pun dah cukup power!
    Malas lah nak cakap banyak, tapi korang tengok jelah kecantikan Pulau Besar, Mersing ni! Baik korang redah sini dulu sebelum tempat ni di komersilkan sebab kami yakin bila dah ramai orang datang, view mesti dah tak sama.
    [​IMG]


    3) Plan trip kasi redah ke Pulau Bohey Dulang di Sabah! kasi boleh je bah..
    Buat kaki-kaki instagram tegar, kami sangat yakin yang korang bakal memenuhkan memori smartphone korang untuk mengambil foto di sini. Malah, pengikut instagram korang pasti dijamu berpuluh-puluh keping selfie dengan background laut biru di Bohey Dulang, Sabah ni.
    [​IMG]

    Ada lagi 3 tempat percutian out of box di Malaysia yg pasti korang akan kagum. Yg No.4 tu mmg sgt menarik dan rare. Kalu nak tahu boleh klik sini >> 6 Tempat Percutian Menarik di Malaysia