TAKRIF AL-SYARIAH AL-ISLAMIYAH

Published by Mohd Zarrin Justin in the blog Mohd Zarrin Justin's blog. Views: 441

1) TAKRIF AL-SYARIAH AL-ISLAMIYAH

Apakah maksud Syari’ah dari segi bahasa?

Syari’ah dari segi bahasa bererti aliran dan jalan yang lurus.


Apakah maksud Syari’ah Islamiyyah pada istilah?

Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah S.W.T untuk hambaNya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, akhlak, muamalat dan sistem-sistem hidup.


Kenapa dinamakan Syari’ah dan bukan nama yang lain?

Dinamakan Syari’ah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Ia menyerupai sumber air, yang mana dengan Syari’ah dapat menghidupkan segala jiwa dan akal.


Apakah istilah Syari’ah, Al-Din dan Al-Millah yang diketahui sebagai hukum – hukum Allah yang disyara’kan untuk hambaNya?

Syariah: Kerana ia diciptakan Allah – jelas dan lurus

Al-Din: Kerana ia dipatuhi dan dengannya manusia mengabdikan diri kepada Allah.

Al-Millah: Kerana ia dapat memenuhi segala keperluan manusia


Apakah istilah Islam?

Islam bermakna mematuhi dan memberi ketundukan atau kesetiaan kepada Allah. Perkataan ini digunakan khusus untuk agama yang diutus oleh Allah S.W.T melalui nabi-Nya Muhammad S.A.W

Apakah istilah Syari’ah Islam dari segi syara’?

Semua hukkum yang diciptakan oleh Allah untuk hamba-Nya sama ada hukum-hukum ini diperundangkan melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda.


Bila pembinaan Syari’at Islam berlaku?

Pembinaan Syari’at Islam hanya berlaku pada zaman Baginda Rasulullah masih hidup.


Siapakah yang diberikan kuasa perundangan Syariah dari Allah, huraikan dua pegangan wahyu nabi-Nya?

Nabi-Nya sahaja Allah memberi kuasa perundangan Syariah. Baginda berpegang kepada dua wahyu iaitu wahyu matluu (Al-Quran) dan wahyu ghair matluu ( al-Sunnah)


Apakah maksud kembali kepada Allah dan Rasul?

Kembali kepada Allah bererti kembali al-Quran, kembali kepada Rasul ialah merujuk kepada baginda pada waktu beliau hidup dan kepada Sunnahnya selepas beliau wafat.

2) CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SYARI’AH ISLAMIYYAH

Berapakah ciri-ciri keistimewaan Syari’ah Islamiyyah dan huraikan?

Terdapat 5 ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah iaitu;

a) Rabbaniyyah atau Syari’ah itu dari Allah

b) Balasan Duniawi dan Akhirat

c) ‘Alamiyyah dan Umumiyyah

d) Kekal

e) Syumul

CIRI PERTAMA: Rabbaniyyah atau Syari’ah itu dari Allah.

Apakah maksud Rabbaniyyah?

Rabbaniyyah ialah bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah SWT dan bukan dari ciptaan manusia.


Apakah maksud sumber Syari’ah Islamiyyah?

Bererti sumber Syari’ah Islamiyyah ialah Allah SWT, yakni wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad SAW dengan lafaz dan makna, iaitu al-Quran, atau dengan makna tidak lafaz iaitu al-Sunnah.


Apakah perbezaan hakiki yang wujud dalam sejumlah natijah?

Syariah Islamiyyah


Undang-undang manusia


Hukum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai kesempurnaan mutlaq.


Lahir dari manusia sedangkan manusia tidak sunyi dari kejahilan, penyelewangan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, kepercayaan yang dianuti, kelompok dan sebagainya.



Hukum syara’ yang mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang – orang yang beriman dengannya sama ada dari Allah dan pasti memiliki sifat al-Din


Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.


Undang-undang ciptaan manusia tidak sampai ke tahap Syariah kerana ia tidak ada kuasa dalaman dan rasa penghormatan dan kehebatannya dalam kalangan manusia.


Justeru itulah ramai orang berani melanggar undang-undang ini apabila ada peluang melepaskan diri dari diawasi oleh undang-undang dan kuasa kehakiman.


CIRI KEDUA: Balasan Dunia dan Ukhrawi

Syariah Islamiyyah


Undang-undang manusia


Mempunyai balasan duniawi dan ukhrawi


Bersifat duniawi semata-mata kerana negara tidak memiliki sedikit pun urusan akhirat



Mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal – soal keagamaan dan akhlak



Tidak mencakupi seluruh urusan individu dan tiada soal-soal keagamaan dan akhlak


Mempunyai persamaan dengan undang – undang tentang keperluannya kepada suatu bentuk balasan yang akan dikenakan ke atas mereka yang menyalahinya.



Disertakan bersamanya tindakan atau balasan yang akan dijatuhkan oleh pihak negara ke atas mereka yang melanggari peraturan – peraturannnya



Menyebabkan seseorang itu sendirinya tunduk pada hukum-hukum Syari’at



Apakah itu balasan ukhrawi?

Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap pelanggaran hukum Syara’ sama ada ia amalan hati mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah.




CIRI KETIGA: ‘Alamiyyah dan Umumiyyah

Apakah ciri Syari’ah Islamiyyah dalam ‘Alamiyyah dan Umumiyyah?

1) Ia menjadi rahmat kepada seluruh alam dan menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia

2) Merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat


CIRI KEEMPAT: Kekal

Apakah ciri Syari’ah Islamiyyah dalam kekal?

1) Syari’at Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan.

2) Syari’at Islam terakhir dan penulisan dan penutup Syari’at – syari’at samawi. Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir – tiada Nabi lagi selepas baginda.

3) Kesejagatan Syari’at Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti

4) Segala peraturan dan hukum hakamnnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan semua tempat.

5) Mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa.


DALIL PERTAMA

Berapakah dan apakah dalil pertama bagi Kekal dalam Ciri Keistimewaan Syariah Islamiyyah?

Dalil pertama disebut sebagai “Syariah Dibina Atas Asas Membawa Kemashalatan dan Menolak Kerosakan” dan terdapat 4 bahagian utama

Bahagian pertama: Firman Allah tentang rahsia risalah Muhammad S.A.W. Rahmat Allah mengandungi maksud memelihara kepentingan manusia dan menolak sebarang kerosakan dari mereka.


Bahagian kedua: Kebanyakan hukum disebutkan bersama ‘illat atau sebab pembinaan hukum itu dibuat (menarik maslahah dan menhindarkan mafsadah) untuk memberitahu kepada mukallafin bahawa mempastikan maslahah dan kepentingan umat itu adalah menjadi tujuan Syara’.

Bahagian ketiga: Disyari’atkan rukhsah ketika terdapat masyaqqah dalam melaksanakan hukum –hukum seperti harus bertutur dengan kalimah yang membawa kepada kekufuran ketika dipaksa berbuat demikian demi memelihara kepentingan jiwa.

Bahagian keempat: Perkara – perkara tentang Daruriyyah atau Hajiyyah atau Tahsiniyyah.

Apakah itu daruriyah?

Perkara – perkara yang tidak mungkin manusia dapat hidup tanpanya. Apabila perkara tersebut tidak wujud maka ia menyebabkan berlaku kefasadan atau kerosakan berleluasa, porak peranda dan seterusnya sistem kehidupan akan menjadi kucar kacir. Perkara – perkara yang daruriyyah ini ialah pemeliharaan agama, jiwa, akal, kehormatan diri dan harta

Apakah itu hajiyyah?

Hajiyyah ialah perkara – perkara yang diperlukkan oleh manusia bagi menjalani kehidupan tetapi mereka dengan mudah dan senang, apabila perkara-perkara ini luput ia tidak merosakkan sistem kehidupan tetapi manusia akan menghadapi kesempitan dan kesulitan.

Apakah itu tahsiniyyah?

Tahsiniyyah ialah perkara yang dirujuk kepada adat –adat yang baik dan akhlak – akhlak yang mulia. Apabila ia hilang maka ia tidak akan mencacatkan sistem kehidupan dan menyebabkan kehidupan mereka terkeluar dari keadaan yang dituntuti oleh fitrah yang sejahtera dan adat yang mulia.





Apakah contoh – contoh bab Daruriyyah?

Bagi menegakkan agama maka disyari’atkan ibadat, dan untuk memeliharanya maka disyari’atkan jihad

Bagi memelihara jiwa maka disyari’atkan hukum qisas

Bagi memelihara akal maka disyari’atkan pengharaman arak dan dikenakan hukuman had keatas peminumnya

Bagi memelihara zuriat maka disyari’atkan hukum had zina dan had qazaf.

Bagi memelihara kehormatan diri manusia dan zuriatnya maka had qazaf

Bagi memelihara harta maka disyari’atkan untuk memperolehinya melalui pelbagai jenis muamalat seperti jual beli dan sewa menyewa


Apakah contoh-contoh bab Hajiyyah?

Disyariatkan rukhsah ( kelonggaran ) ketika ditimpa masyaqqah dalam melaksanakan kewajipan – kewajipan

Disyariatkan talak (penceraian) bagi melepaskan suami isteri dari suatu kehidupan rumahtangga yang tidak aman lagi

Disyariatkan hukum diat (gantian harta) bagi kes bunuh tanpa sengaja


Apakah contoh-contoh bab Tahsiniyyah?

Disyari’atkan taharah ( suci ) badan dan pakaian, menutup ‘aurat, dilarang membunuh kanak – kanak dan wanita dalam peperangan dan hukum hukum akhlak mulia yang lain lagi.






DALIL KEDUA: Prinsip Syari’at dan Tabiat Hukumnya

Berapakah hukum-hukum syari’at itu dapat dibahagikan, sebutkan?

Hukum – hukum syari’at itu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hukum – hukum yang diperincikan dan prinsip – prinsip yang umum.


Bahagian pertama: Hukum-hukum yang diperincikan

Apakah itu hukum-hukum yang diperincikan?

Ianya berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak dan adakalanya berkaitan dengan masalah perhubungan individu antara satu sama lain.

Apakah sebab dan contoh akidah?

Beriman kepada Allah, hari qiamat dan sebagainya tidak mungkin tiba satu masa di mana umat manusia tidak memerlukannya, kerana hukum – hukum ini menjelaskan fakta – fakta yang tetap dan kekal.

Apakah definisi ibadat dan sebab serta contoh?

Ibadat pula ia mengatur perhubungan individu dengan Tuhannya dengan cara yang tertentu kerana mempunyai faedah duniawi dalam pembentukan peribadi – peribadi muslim yang akan melahirkan masyarakat yang berakhlak.

Apakah huraian akhlak dan sebab serta contoh?

Akhlak merupakan unsur terpenting dalam memperbetulkan urusan hidup dan kebaikan masyarakat.

Apakah definisi berkaitan masalah perhubungan individu dengan individu yang lain serta contoh?

Adapun hukum – hukum lain yang diperincikan yang berkaitan dengan sebahagian perhubungan antara individu – individu kerana diasaskan atas keperluan yang akan kekal buat sepanjang zaman dan untuk semua masyarakat seperti sistem kekeluargaan, kaifiat perkahwinan, hak hadanah, kuasa ke atas perkahwinan dan diri serta urusan – urusan kekeluargaan yang lain.



Bahagian Kedua: Prinsip – prinsip Yang Umum.

Apakah itu prinsip – prinsip yang umum?

Hukum – hukum yang datang dalam bentuk kaedah dan prinsip – prinsip umum dapat memenuhi segala keperluan manusia dan semua situasi yang dicapai oleh masyarakat.


Berapa dan huraikan prinsip – prinsip umum?

Ada 4. Iaitu Prinsip Syura, Prinsip Musawah ( Saksama ), Prinsip Keadilan dan Prinsip La Doror Wa La Diror.


Terangkan itu Prinsip Syura?

Prinsip Syura iaitu suatu mekanisme yang paling unggul dalam sistem pemerintahan yang boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat sepanjang zaman.


Terangkan itu Prinsip Musawah?

Di antara lainnya saksama di hadapan undang – undang tanpa membezakan di antara individu, ketua negara dan rakyat jelata dalam negara Islam.


Terangkan itu Prinsip Keadilan?

Islam memerintah dilaksanakan keadilan di bumi Allah dan menghakimi dengan adil walaupun terhadap kaum keluarga yang terdekat mahupun yang jauh, kawan dan lawan.





Terangkan Prinsip La Doror Wa La Diror?

Prinsip La Doror Wa La Diror ertinnya tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap orang lain dan tidak boleh melakukan tindakan saling kemudaratan. Contohnya seperti sesiapa yang membakar harta orang lain, makan tuan harta ini tidak harus bertindak membakar harta orang yang membakar itu, kerana tindakan seperti ini menambahkan lagi kerosakan dan angkara.


DALIL KETIGA: Sumber – sumber Hukum

Apakah yang dimaksudkan sumber – sumber hukum?

Sumber – sumber hukum Islam bersifat fleksibel. Al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber asli kepada perundangan Islam, hukum – hukumnya sesuai untuk semua zaman dan tempat.


CIRI KELIMA: Syumul
Apakah definisi syumul dan berapa pembahagian Syumul?

Syumul ialah mencakupi semua urusan hidup. Ia menggariskan untuk manusia jalan iman, menerangkan dasar – dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Terdapat 3 bahagian.

Huraikan bahagian pertama

Hukum – hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum akidah terdapat dalam ilmu al-Kalam atau Tauhid.

Huraikan bahagian kedua

Hukum – hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji dan lain lain. Perbahasan hukum-hukum akhlak terdapat dapat ilmu akhlak atau Tasawwuf.



Huraikan bahagian ketiga SERTA bahagian BESAR al-Fiqh

Hukum- hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan al-Fiqh yang membincangkan tentang ilmu Fiqh. Terdapat 2 bahagian besar al-Fiqh iaitu

APAKAH BAHAGIAN BESAR PERTAMA AL-FIQH?

Ibadat seperti solat, puasa dan zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara sesama manusia.

APAKAH BAHAGIAN BESAR KEDUA AL-FIQH ?

Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia. Seperti

a) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti nikah, cerai, nafkah, nasab dan sebagainya. Inilah yang dinamakan undang – undang keluarga atau Personel Law

b) Hukum yang berkaitan dengan hubungan antara individu dalam urusan jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya. Ini dinamakan dengan Fiqh al-Muamalat atau Civil Law.

c) Hukum yang berkaitan dengan kehakiman, pengadilan, pendakwaan dan keterangan. Ini dinamakan sebagai Sistem Kehakiman.

d) Hukum yang berkaitan dengan hubungan orang asing bukan Islam dalam negara Islam di antara mereka dan rakyat negara Islam. Ini dinamakan sebagai Undang-undang Khas Antarabangsa.

e) Hukum yang berkaitan dengan penyusunan hubungan antara negara Islam dengan negara bukan Islam ketika aman dan perang. Ini dinamakan sebagai Undang – undang Am Antarabangsa.

f) Hukum yang berkaitan dengan sistem pemerintahan dan kaedah prinsipnya, hak – hak individu dalam negara perhubungan mereka dengan negara. Ini dikenali dengan Undang – undang Perlembagaan.

g) Hukum yang berkaitan dengan pengurusan kemasukan atau pendapatan negara dan perbelanjaannya seterusnya menyusun perhubungan kewangan antara individu, negara, orang kaya dan orang miskin. Ini dinamakan sebagai Sistem Kewangan Negara.


h) Hukum yang berkaitan dengan perhubungan antara individu dan negara dalam perkara – perkara yang dilarang atau jenayah dan jenis keseksaan bagi setiap jenayah. Ini dinamakan sebagai Undang – undang Jenayah atau Kanun Keseksaan
You need to be logged in to comment