Masih Ada Manusia Percaya Bumi Ini Flat @ Mendatar ?

Published by leopluto in the blog leopluto's blog. Views: 120

Rupanya masih ramai lagi manusia di dunia ini yg percaya bahawa bumi ini adalah flat, mendatar dan leper. Sifat kepercayaan ini juga telah menyebabkan tertubuhnya salah satu persatuan/organisasi antarabangsa iaitu seperti The Flat Earth Society atau Persatuan Bumi Leper untuk menyokong teori ini. Secara asasnya, persatuan ini berperanan dalam menyebarkan segala maklumat berkaitan bumi adalah leper dan mendatar kepada seluruh masyarakat antarabangsa melalui saluran sosial media dan media cetak. Jika mengikut sejarah tamadun dunia, isu bumi berbentuk mendatar ini sudah lama menjadi kepercayaan kaum purba dahulu seperti zaman Greek purba ( -300 hingga -31 sebelum tahun Masihi), empayar Gupta India purba (320 hingga 550 tahun Masihi) dan tamadun China sehingga abad ke 17.

[​IMG]
Ilustrasi Bumi Mendatar

Kewujudan persatuan ini juga telah menarik ramai peminat yang mempercayai teori ini. Majoriti ahli organisasi pertubuhan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan negara. Malah ada juga ahli pertubuhan ini datangnya daripada mereka yg mempunyai kelayakan akademik yg tinggi. Mengikut sejarah pertubuhan organisasi ini, ianya bermula apabila Samuel Shenton menubuhkan persatuan ini di Dover, United Kingdom pada 1956 dan mengetuainya sehingga tahun 1971. Selepas itu, Charles K. Johnson dari Amerika Syarikat pula meneruskan aktiviti organisasi ini dari tahun 1972 sehinggalah tahun 2001. Terkini, Daniel Shenton pula menjadi Presiden persatuan ini daripada tahun 2004 sehinggalah sekarang di mana ia berpangkalan di Hong Kong. Berikut ialah antara hujah atau pernyataan yg sering diwarwakan oleh golongan ini dalam usaha mereka membuktikan bahawa bumi adalah flat. (Dewan Kosmik, Disember 2016) :
  • Kaki langit adalah mendatar dan rata sempurna. Menurut mereka, hujung laut kelihatan mendatar jika dilihat oleh manusia di tepi pantai.
  • Pada ketinggian 32 kilometer, hujung kaki langit masih kelihatan mendatar dan tidak melengkung.
  • Jika bumi berbentuk sfera, air sepatutnya berkocak tetapi hakikatnya air kelihatan sentiasa dalam keadaan tenang
  • Jika bumi berputar pada paksi, kapal terbang yg bergerak sama arah dengan putaran bumi pastinya tidak akan sampai ke destinasi yg dituju kerana putaran planet Bumi 800 km/j.
  • Samuel Rowbotham di dalam bukunya bertajuk Bumi Bukan Glob pernah membuat hipotesis bahawa bumi adalah flat/cakera rata dengan kutub utaranya di bahagian tengah. Cakera ini dikelilingi dengan dinding ais dan Antartika berada di selatan Bumi. Jarak Bulan dan Matahari daripada bumi pula dikatakan 4800km dan kosmos lain pula terletak pada ketinggian 5000 kilometer di atas Bumi.

Itu adalah antara hujah2x yg selalu dikatakan oleh pengikut kepercayaan teori ini. Jika anda pernah melihat filem Hollywood God Of Egypt keluaran tahun 2016 ada menunjukkan yg Bumi dalam cerita ini adalah flat.

Jika berminat artikel selanjut, boleh baca di sini >>> Galaksi Viral: Masih Ada Manusia Percaya Bumi Ini Flat @ Mendatar ?
You need to be logged in to comment