Kenapa bala terjadi

Published by John78 in the blog John78's blog. Views: 1446

Bala’ terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH iaitu apabila manusia melakukan maksiat. Maka dengan sebab itu akan turun bala daripada-Nya. Misalnya dalam hadis riwayat imam at-Tarmizi menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala'. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain: a. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
b. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
c. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
d.Apabila suami terlalu mentaati isteri.
e.Apabila anak menderhakai ibu bapa.
f. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
g. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
h. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
i. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.
j. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.
k. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
l. Apabila ramai lelaki memakai sutera.
m. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
n. Apabila wanita bermain alat muzik.

Sumber; opocotko blogspot
You need to be logged in to comment