"Bagaimana Lelaki Ini Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!"

Published by jiheccc in the blog jiheccc's blog. Views: 2105

Assalamualaikum & salam Tahun Baru 2017! [​IMG]
[​IMG]

Nama saya, Zul Ariffin. Hari ni saya terpanggil untuk ceritakan kisah saya untuk iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Artikel kali ini agak panjang sikit.

Ceritanya macam ni....

Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.

Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat, Johor.

Yelah, orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak. :p

So, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan wife saya untuk bukak kedai makan.

Saya cakap, "syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat parit raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. Ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. kalau nak pergi ke bandar jauh. lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. Insyaallah orang datang lagi nak makan."

Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam RM100 ribu, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai rennovate dan beli peralatan barang kedai.

Untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman. Duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes di Ebay. Kebanyakkan sumber rezeki saya tu dari Ebay lah.

Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2,000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin, bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi.

So hajat saya sebelum saya habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah.

Tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. Belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wyring, dan rennovate.

So saya dah mati akal. Bajet RM100k sahaja. Tapi duit dah tak cukup. So saya try lah cari modal sana sini. Mak saya nampak saya susah hati, mak bagilah pinjam sikit duit dalam RM5K. Tapi masih tak cukup lagi.

So saya ambil jalan mudah dengan apply kad kredit Maybank. Orang bank mintak saya submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. Saya cakap saya takde slip gaji, saya cuma ada elaun biasiswa sahaja.

Tapi, bank proses juga permohonan kad kredit saya dengan menggunakan statement bank akaun syarikat saya, Mama Baryani House.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit saya berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. Saya bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati cakap bagus jugak. Hehe [​IMG]

Bermulalah perangkap kad kredit....


Bagaimana Lelaki Ini Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu! — Nasi Beriani


Tanpa saya sedar segala perbelanjaan saya menggunakan kad kredit telah menghampiri limit. Walaupun ada cash, tapi masih nak guna kad kredit untuk jimat duit cash kononnnya.

Tapi, lama-kelamaan kad kredit saya memerangkap diri saya sendiri. Duit cash semakin berkurangan. Dan hutang kad kredit pulak makin bertambah banyak.

Sales kedai pulak waktu tu dah jatuh. Sebab sy dah tak buat promosi gila-gila. Duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.

Saya mati akal. Otak mula kusut. Hati mula bimbang, jiwa mula serabut, sebab dibebani hutang kad kredit.

Dalam hidup saya, memang saya benci dengan hutang, waktu dulu mula saya buat degree saya dah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN saya, memang saya dah nekad dalam hidup taknak ada hutang dari bank langsung.

So hutang kad kredit ni buat kepala saya kusut.

Fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang Maha Kuasa. Saya pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam, untuk berikan ilham kat saya keluar dari masalah hutang saya ni.

Saya doa mintak betul-betul "Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni. Kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah ni."

Lepas sembahyang. Hati saya tenang sikit.. Saya pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun Ebay saya yang dulu banyak membantu saya kumpul duit kahwin.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg saya dah di train cara buat research waktu buat PhD, sy mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yang ada demand tinggi di ebay...

Dan saya tiba-tiba dapat idea tentang orang Israel..

Orang Israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. Tapi macam mana dia boleh control dunia. Macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang.

Saya pun kaji lah barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya dengan negara dorang yang memang takde, tak mungkin dorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru. Tentunya dorang akan pakai konsep bisnes dropship.

Tiba-tiba dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. Dan barang-barang trending ni saya gabungkan dengan seller Ebay dari Israel iaitu siapa seller Israel yang jual barang trending ni.

Bagaimana Lelaki Ini Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu! — Nasi Beriani
pak cik likes this.
  • ibnuabdullah
  • jiheccc
  • koruz
You need to be logged in to comment