AL-FIQH AL-ISLAMI

Published by Mohd Zarrin Justin in the blog Mohd Zarrin Justin's blog. Views: 176

BAB 2: AL-FIQH AL-ISLAMI

PENGERTIAN FIQH

Apakah maksud fiqh dari segi bahasa?

Fiqh dari segi bahasa Arab bermaksud “faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dari percakapan seseorang”


Apakah maksud “Fiqh” dalam istilah Syara’?

Semua hukum – hukum agama yang dibawa oleh Syari’at Islam, sama ada hukum – hukum ini berkaitan dengan perkara akidah, akhlak, ibadat atau muamalat.


Apakah perubahan penggunaan kalimah Fiqh dalam istilah?

Mengetahui atau memahami hukum –hukum Syara’ yang berkaitan khusus dengan perbuatan mukallaf seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal keadaan ibadat itu qada’ atau ada’ dan sebagainya.


Apakah takrif sebahagian ulama tentang al-Fiqh?

Hukum Syara’ yang amali ialah hukum yang berkaitan dengan sesuatu yang terbit dari seseorang mukallaf iaitu ibadat mahu pun muamalat. Mukallaf ialah insan yang baligh dan berakal.





Apakah istilah al-Fiqh menurut ‘uruf para fuqaha’

Semua hukum –hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf, samada hukum – hukum ini diketahui dari agama dengan mudah dan tidak berhajat kepada satu kajian dan ijtihad seperti wajib solat dan haram zina, atau hukum – hukum itu diperolehi melalui taqlid para fuqaha.


Berapakah dan terangkan secara ringkas hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Terdapat 7 hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf seperti Wajib, Mandub, Haram, Makruh, Mubah, Sahih dan Batil.


1) Huraikan maksud Wajib dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang diberi pahala kerana melakukannya dan diseksa kerana meninggalkannya seperti solat, puasa dan sebagainya.


2) Huraikan maksud Mandub dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang diberi pahala kerana melakukannya dan tidak diseksa kerana meninggalkannya seperti menulis hutang-piutang bagi memelihara hak-hak tuan hutang.


3) Huraikan maksud Haram dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan diseksa kerana melakukannya seperti zina dan mencuri.


4) Huraikan maksud Makruh dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak diseksa kerana mengerjakannya seperti menjatuhkan talak tanpa sebab yang munasabah.


5) Huraikan maksud Mubah dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang tidak diberi pahala kerana mengerjakannya dan meninggalkannya dan tidak diseksa kerana meninggalkannya dan mengerjakannya seperti makan, minum, berdiri dan duduk.



6) Huraikan maksud Sahih dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang dikira lulus kerana telah memenuhi syarat-syarat yang muktabar pada Syara’ sama ada ibadat mahupun kontrak.


7) Huraikan maksud Batil dalam hukum – hukum Syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan – perbuatan mukallaf.

Perbuatan yang tidak dikira lulus kerana tidak memenuhi syarat – syarat yang diperlukan pada Syara’.







HUBUNGAN FIQH DAN SYARIAT


Syariah


Fiqh


Syari’ah lebih umum dan syumul dari Fiqh kerana Syari’ah merangkumi semua hukum.


Fiqh berasaskan kepada nas-nas Syariah iaitu Al-Qur’an dan Al-Sunnah al-Nabawiyyah dan juga sumber – sumber lain yang diperakui oleh Syari’ah seperti ijma dan qiyas.



Syari’ah berasaskan wahyu Ilahi, maka tidak ada tempat bagi pemikiran manusia campur tangan di dalamnya bahkan wajib manusia mematuhinya dan haram menyalahinya.



Tidak kesemuanya seperti yang demikian.


Hukum yang dimana aspek pemikiran dan ijtihad tidak diberikan ruang untuk berjihad, seperti hukum – hukum yang umum diketahui dalam agama dengan mudah dan tidak ada orang yang jahil tentangnya.


Hukum – hukum fiqh diberi ruang untuk pemikiran dan ijtihad. Maka hukum – hukum jenis ini tidak dianggap sebahagian dari Syari’at Islam atau dengan pengertian istilah atau tidak dianggap sebagai perundangan Ilahi, contohnya boleh menyalahinya selagi mana ia bersandarkan kepada dalil yang lebih kuat dari dalil pendapat fiqh yang ada.









CIRI – CIRI KEISTIMEWAAN AL – FIQH AL – ISLAMI

Apakah ciri – ciri keistimewaan al – Fiqh al – Islami?

1) Mempunyai sifat keagamaan yang mesti dihormati dan tidak boleh menyalahinya.

2) Terdapat balasan atau ganjaran duniawi dan ukhrawi sepertimana Syari’ah Islamiyyah

3) Mempunyai sifat Syumul tetapi kurang sedikit dari Syumul yang ada pada Syari’ah dan lebih banyak dari apa yang ada pada undang – undang ciptaan manusia.

4) Mengatur urusan ibadat ( hubungan manusia dengan Allah ) dan muamalat ( hubungan manusia sesame manusia, haiwan dan alam sekitar )

5) Aspek akhlak diberi penekanan secukupnya.

6) Aspek agama merupakan unsur pokok dalam semua organisasi dan institusi sivilnya.

7) Sifat fleksibelnya dan penerimaannya untuk kekal kerana memenuhi keperluan manusia dan kepentingan mereka yang dibenarkan.

8) Bukti yang menunjukkan kesesuaian Syari’at Islam untuk semua umat manusia pada semua zaman.

9) Merupakan pelaksanaan prinsip dan kaedah – kaedah Syara’ ke atas sesuatu peristiwa yang berlaku menurut keadaan, masa, tempat, dan kepentingan – kepentingan manusia.


a) Sentiasa hidup berkembang dan bergerak, meskipun dasar, kaedah dan prinsip – prinsipnya tetap, tidak berubah dan tidak bertukar ganti..

b) Memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh masyarakat, individu dan negara,.
You need to be logged in to comment