16 Lagu Fauziah Latiff Paling Popular

Published by leopluto in the blog leopluto's blog. Views: 153

16 Lagu Fauziah Latiff Paling Popular Sepanjang Zaman

Fauziah Latiff adalah salah satu nama besar dan ikon muzik dalam industri muzik Malaysia. Album pertama beliau berjudul Digamit Memori terbitan tahun 1988 telah berjaya menjadikan Fauziah Latiff sebagai salah seorang artis baru paling popular dan berjaya pada masa itu. Fauziah Latiff cukup terkenal dengan lagu Balada romantis dan lagu rancak. Malah, beliau juga sgt hebat menari apabila melakukan persembahan dengan lagu rancak. Antara anugerah utama yg beliau pernah terima ialah menjadi Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989, Penghibur TV Wanita Popular ABPBH 1992 & 1993, Juara Lagu 1993, Video Muzik Terbaik Anugerah Video M 1996 dan banyak lagi. Kini, setelah hampir 30 tahun dalam industri muzik Malaysia, pastinya banyak lagu hits dan popular beliau menjadi sebutan para peminatnya. Jom kita lihat lagu manakah paling popular atau menjadi signature song beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia.

[​IMG]
Diva Pop Malaysia Fauziah Latiff
01.Kau Merubah Segalanya (1989)
Komposer : Manan Ngah / Penulis Lrik : Manan Ngah
Pada pendapat saya, lagu ini boleh dikatakan lagu Balada Fauziah Latiff yang pertama yang betul2x popular di kalangan peminat muzik tanahair. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang insan yg pernah kecewa dalam percintaan tetapi kini kembali bercinta dan berharap kekal bahagia selamanya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat :
"Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam"


[​IMG]
Kulit Album Kau Merubah Segalanya

02.Bukan Kemahuan Fikiran (1990)
Komposer : Manan Ngah / Penulis Lirik : Bob Lokman
Lagu ini antara lagu paling kerap di bawa oleh peserta nyanyian dalam pertandingan nyanyian pada awal 90 an. Irama lagu yang lembut dan lirik puitis telah menjadikan lagu ini sgt popular pada tahun 1990. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan kisah seorang kekasih yang terpaksa melepaskan kekasihnya kerana tiada keserasian. Antara lirik menjadi siulan peminat :

"Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
Begini lama setelah tiada jalan penyudah
Jiwa yang hampa kan bertanya apa.. masih"


[​IMG]
Kulit Album Kini

03.Aku Masih Seperti Dulu (1991)
Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Juwie
Lagu Balada ini telah meneruskan populariti Fauziah Latif dalam lagu Pop Romantis. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang sgt mencintai pasangannya dan cintanya tetap tidak berubah walaupun pasangannya tu mungkin pernah melukainya. Antara lirik menjadi siulan peminat :

"Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cintaku
Menyala di kalbu"


[​IMG]
Kulit Album Tiada Noktah Cinta

04.Gubahan Rindu Puisi Shahdu (1992)
Komposer : Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik : Fauziah Latiff
Lagu ini boleh dikatakan lagu yang membawa Fauziah Latiff ke satu tahap populariti yg berbeza sebelum ini. Ini disebabkan lagu ini menjadi sgt fenomena pada tahun 1992 sehingga ia layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan luahan seorang kekasih yang kecewa dalam percintaan tetapi tetap tabah menghadapinya. Antara lirik yang menjadi siulan peminat:
"Hati ini, walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini"


[​IMG]
Kulit Album Gubahan Rindu Puisi Shahdu

Kalu nak baca selebihnya, boleh la klik ini >>> Galaksi Viral: 16 Lagu Fauziah Latiff Paling Popular Sepanjang Zaman
You need to be logged in to comment