Teknologi YouTube Akan Menamatkan Iklan 30 Saat Yang Tidak Boleh Dilangkaui Pada 2018

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Feb 17, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    10,739
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Pada YouTube, salah satu jenis iklan yang dibenci ramai pengguna adalah iklan yang dimainkan pada permulaan atau pertengahan video – sepanjang sekitar 30 saat, dan tidak boleh dilangkaui. Menariknya, kini ia diketahui yang mana YouTube akan menamatkan sokongan untuk pengiklanan tersebut.

    Dengan menamatkan sokongan pengiklanan ini, ia sekaligus akan memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna dan juga kepada pengiklan. Perubahan ini dijangka akan dilakukan oleh YouTube bermula tahun hadapan.

    Sebagai ganti untuk iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkaui berkenaan, YouTube sebaliknya akan lebih mempromosikan iklan 6 saat dengan format sama. YouTube juga akan kekal menawarkan format iklan video pada tempoh masa yang lebih lama, tetapi dengan kebolehan boleh melangkauinya.

    Langkah ini juga mungkin merupakan salah satu persediaan pihak YouTube dalam bersedia untuk “berperang” dengan Facebook – yang turut mula memfokuskan kepada arena video akhir-akhir ini.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page