Dalam Negara Warga emas maut dipukul anak sendiri ketika tidur

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 16, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,921
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]

    Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 62 tahun maut dipercayai akibat dipukul dengan batu oleh anaknya yang menghidap masalah mental.

    Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, kira-kira 11.50 malam tadi.

    Difahamkan, anak lelakinya yang berusia 20-an itu memukul kepala bapanya ketika mangsa sedang tidur dalam bilik di rumah mereka di Kampung Banggol Jenerih, Tanah Merah.

    Kejadian berlaku sekitar 4 pagi semalam dan mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM.

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata, kes masih dalam siasatan. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,921
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Bapa maut muka, kepala dihentak dengan batu-bata

    [​IMG]

    KOTA BHARU - Seorang penjual ikan maut selepas dihentak di kepala dan muka dengan menggunakan batu-bata oleh anak lelakinya yang dipercayai sakit mental di Kampung Banggol Jenereh, Tanah Merah, awal pagi tadi.


    Ketika kejadian jam 4 pagi itu, mangsa Fauzi Mamat, 62, sedang tidur bersama anaknya tiba-tiba dihentak dengan menggunakan batu yang diambil daripada alas kaki katil di dalam bilik berkenaan.

    Turut berada bersama mereka ketika itu, isteri mangsa juga ibu suspek yang berusia 54 tahun.

    Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk Hospital Universiti Sains Malaysia, di sini, kerana kecederaan parah yang dialaminya, namun dia kemudian meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi.

    Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, susulan itu suspek yang berusia 22 tahun ditahan polis untuk siasatan lanjut. Suspek pernah belajar di sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, di sini, tetapi tidak menamatkan pengajiannya kerana penyakit yang dialami.

    “Suspek dipercayai mengalami gangguan halusinasi sejak November tahun lalu dan hanya mendapatkan rawatan secara tradisional serta tidak pernah dirawat di mana-mana hospital berhubung penyakitnya itu.

    “Suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Kampung Kedai Buluh, Badang, selepas selesainya proses bedah siasat sebentar tadi,” katanya.


    Bapa maut dihentak dengan batu-bata - Semasa - Sinar Harian
     

ibeli4u

Share This Page