Luar Negara Wanita tak tahu diri mengandung walaupun perutnya besar

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 17, 2016.

By Net on Nov 17, 2016 at 8:56 PM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    13,288
    Likes Received:
    9
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +13 / 0 / -0
    [​IMG]
    Seorang wanita dibawa ke hospital di Zhejiang, China selepas ditemui dalam keadaan lemah di pintu masuk sebuah kafe siber.

    ZHEJIANG - CHINA. Seorang wanita langsung tidak menyedari dirinya mengandung sehinggalah air ketubannya pecah.

    Menurut laporan South China Morning Post, wanita berkenaan dibawa ke hospital selepas ditemui dalam keadaan lemah di pintu masuk sebuah kafe siber, 4 November lalu.

    Pemeriksaan doktor mendapati bayi di dalam kandungan wanita berkenaan bagaimanapun sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum dia ditemui.

    Wanita yang merupakan seorang anak yatim piatu berkata, dia terkejut selepas diberitahu oleh doktor mengenai khabar tersebut.

    "Perut saya menjadi besar, dan saya datang haid bulan lalu jadi saya tak menyangka saya mengandung," katanya yang banyak menghabiskan masa melayari internet.

    Dia kini sudah dibenarkan keluar dari hospital. - Sinar
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 17, 2016.

Share This Page