Luar Negara Wanita sumbat kekasih dalam bagasi untuk seludup keluar penjara

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 11, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,651
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    [​IMG]

    CARACAS: Seorang wanita dicekup ketika cuba menyeludup keluar kekasihnya dari penjara dengan menyembunyikan banduan itu dalam beg pakaian berwarna merah jambu.

    Banduan tersebut, Ibrain Jose Vargas Garcia sedang menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di penjara Jose Antonio Anzoategui di timur laut Venezuela, atas kesalahan mencuri kereta.

    Dalam kejadian berkenaan, kekasihnya, Antonieta Robles Saouda, 25, melawat Vargas dengan membawa beg berwarna merah jambu untuk digunakan sebagai tempat banduan tersebut bersembunyi.

    Namun cubaan Robles dihidu pihak berkuasa penjara ketika wanita tersebut mengheret keluar beg berkenaan yang mengandungi teman lelakinya.

    Susulan kejadian itu, Vargas dihantar semula ke penjaranya manakala Robles ditahan untuk siasatan lanjut.

    Seorang kanak-kanak perempuan yang menemani Robles ketika lawatan tersebut dihantar buat sementara ke pusat kebajikan sementara menunggu siasatan kes itu.

    Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan anak mereka atau sebaliknya. - MStar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page