Luar Negara Wanita menang Kia Optima dalam pertandingan cium kereta selama 50 jam

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 21, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,457
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    [​IMG]
    [​IMG]
    AKSI lucu peserta pertandingan 'Kiss A KIA'. - Sumber Facebook

    [​IMG]
    SEORANG daripada peserta yang menyertai pertandingan mencium kereta KIA Optima LX. - Sumber Facebook

    [​IMG]
    Dilini Jayasuriya (middle in red).

    TEXAS: Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) dari Austin baru-baru ini memenangi sebuah kereta KIA model baharu, Optiam LX selepas berjaya mengharungi cabaran mencium kereta selama 50 jam.

    Dalam pertandingan yang dinamakan sebagai "Kiss A KIA" anjuran stesen radio tempatan, 96.7 KISS FM, Dilini Jayasuriya bersaing bersama 20 peserta lain dalam acara yang bermula pada Isnin lalu.

    Menurut portal Oddity Central, syarat pertandingan itu sangat mudah iaitu peserta yang boleh mencium kereta sedan itu selama 50 jam akan diisytiharkan sebagai pemenang.

    Bagaimanapun peserta diberi rehat selama 10 minit pada setiap jam untuk ke tandas atau makan tetapi tempoh selebihnya, mereka perlu terus mencium mana-mana bahagian kereta berkenaan.

    Lucunya, ada peserta sanggup mencium bahagian tayar kereta tersebut semata-mata mahu membawa pulang model KIA terbaharu itu.

    Dalam tempoh 24 jam pertama, seramai sembilan peserta tersingkir apabila gagal bertahan untuk terus mencium kenderaan tersebut.

    Ada peserta mengaku tidak tahan dengan cabaran yang dianggap mudah itu kerana bibir mereka menjadi kebas dan kesejukan.

    Akhirnya selepas 50 jam iaitu awal pagi Rabu, seramai tujuh peserta masih bertahan untuk membawa pulang kereta KIA Optima LX.

    Memandangkan peraturan pertandingan itu hanya menetapkan tempoh 50 jam sahaja, penganjur mengambil keputusan untuk menentukan pemenang menerusi cabutan bertuah.

    Jayasuriya menjadi pemenang bertuah tetapi penganjur turut memberikan hadiah sagu hati kepada enam peserta lain iaitu konsert tiket. - MStar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page