Dalam Negara Wanita jadi ulat tiket didenda RM3,000

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,305
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    Masdiana Zainal mengaku bersalah memujuk orang awam membeli tiket secara tidak sah ketika didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, semalam. utusan/Safrizal Azmi

    ALOR SETAR 11 Jan. – Gara-gara memujuk orang ramai membeli tiket secara tidak sah di terminal bas pada hujung tahun lalu semata-mata untuk mendapatkan upah berlebihan, seorang ulat tiket wanita hari ini didenda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

    Masdiana Zainal, 34, dijatuhi hukuman itu setelah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan itu selesai dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.

    Mengikut pertuduhan, Masdiana didakwa memujuk untuk menawarkan perkhidmatan bagi mendapatkan upah membawa penumpang di satu tempat awam di Terminal Bas Shahab Perdana di sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari, 11 Oktober 2016.

    Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Halmi mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

    Masdiana dibebaskan selepas membayar denda tersebut. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page