Luar Negara Usia bulan sudah 4.51 bilion tahun

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,945
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]

    Cape Canaveral (Amerika Syarikat): Kajian terbaru daripada University of California Los Angeles mendapati bulan berusia 4.51 bilion tahun, lebih lama daripada dijangka sebelum ini.

    Itu adalah jangkaan terbaru berdasarkan kajian batu dan tanah dikumpul oleh angkasawan Apollo 14 pada 1971.

    Pasukan penyelidik melaporkan semalam, bulan dijangka dibentuk dalam tempoh 60 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.

    Ia lebih lama daripada jangkaan sebelum itu iaitu di antara 100 juta hingga 200 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.

    Jangkaan itu dibuat selepas ahli sains menjalankan pentarikhan uranium-plumbum pada cebisan mineral zirkon daripada sampel misi Apollo 14 ke bulan.

    Cebisan zirkon itu sekecil sebutir pasir.

    Penulis utama kajian itu, Melanie Barboni berkata, pengetahuan usia bulan adalah kunci untuk memahami pembentukan dan evolusi Bumi. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page