Teknologi (Ura-Ura) Harga Jualan Samsung Galaxy S8 Bermula Dari RM 3809 Sebuah

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Mar 21, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    11,182
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Apakah harga yang paling munasabah untuk sebuah peranti pintar? Ada yang merasakan membayar melebihi RM 1000 untuk sebuah peranti adalah membazir. Bagi golongan ini peranti keluaran Xiaomi dan Honor adalah lebih dari memadai. Pada waktu yang sama wujud juga pengguna yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki peranti iPhone dan Samsung.



    S8 – 799€
    S8+ – 899€
    DeX – 150€
    GearVR – 129€
    Gear360 – 229€ https://t.co/vVm6DRMkX5

    — Evan Blass (@evleaks) March 19, 2017

    Tinggal lapan hari sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S8 dan S8+ dilancarkan harga jualannya tertiris ehsan dari @evleaks. Menurut beliau harga jualan Galaxy S8 adalah €799 (~RM 3804) manakala Galaxy S8+ pula adalah €899 (~RM 4281) sebuah. Ini adalah sedikit lebih murah berbanding harga jualan iPhone 7 Plus di Eropah yang bermula dari €909 (~RM 4328) sebuah. Di Malaysia harga iPhone 7 Plus bermula dari RM 3799.

    Beliau turut mendedahkan harga jualan dok DeX (€150 – RM 715) yang mengubah peranti menjadi sebuah komputer desktop, GearVR (€129- RM 614) dan Gear360 (€229- RM 1090). Harus ditegaskan harga di atas adalah untuk pasaran Eropah yang biasanya lebih mahal berbanding harga jualan di Malaysia.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page