Teknologi Uber Menawarkan Tambang 99 Sen Sepanjang Dua Minggu Untuk Perjalanan Bawah 4km

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Feb 13, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    8,927
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Uber sering hadir dengan sejumlah penawaran menarik, dan kini untuk tempoh dua minggu bermula 13 Februari 2017, iaitu hari ini, Uber menawarkan tambang tetap 99 sen untuk sepanjang hari bagi perjalanan sekitar Kuala Lumpur yang kurang daripada 4km.

    Penawaran ini ditawarkan di Lembah Klang sahaja buat masa ini, dan ia tidak menyokong perjalanan antara KLIA dan KLIA2.

    [​IMG]

    Uber turut menekankan yang mana harga mungkin berubah ketika keadaan trafik yang tidak bergerak – dimana ia akan berubah kepada kiraan mengikut masa dan jarak. Walaubagaimanapun, tambang 99 sen ini masih diguna-pakai ketika waktu puncak – asalkan jalan tidak sesak dan bergerak.

    Bagi anda yang bekerja sekitar Kuala Lumpur, atau tidak pernah mencuba Uber, mungkin ini adalah salah satu peluang untuk mencubanya – apatah lagi jikalau dibandingkan dengan harga pengangkutan awam untuk jarak 4km, Uber mungkin adalah pilihan lebih murah.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. wanmazwan

    freshman

    Joined:
    Aug 13, 2009
    Messages:
    4
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Kesian kat pemandu uber. tambang murah sangat
     

ibeli4u

Share This Page