Dalam Negara Tukang urut songsang dipenjara kerana mencabul pelanggannya

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 11, 2017.

By Net on Jan 11, 2017 at 2:25 PM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,031
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0
    [​IMG]
    Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah mencabul seorang pelancong lelaki warga British.

    Kota Kinabalu: Seorang pendatang tanpa izin (PATI) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah mencabul seorang pelancong lelaki warga British.

    Tertuduh, Faizal Sintaan, 19, yang bekerja sebagai tukang urut didakwa mencabul Maedb Joy Orsborn Fitchie, 18, ketika diurut di sebuah pusat urut di pusat beli belah Centre Point, di sini, jam 7 malam, 4 Januari lalu.

    Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa meraba kemaluan dan bahagian dada mangsa, selain memeluk serta menggigit lehernya hingga meninggalkan kesan kemerahan.

    Ketika kejadian, mangsa cuba menolak tertuduh namun tidak menjerit kerana terlalu takut sebelum pergi ke kaunter membuat bayaran dan keluar dari pusat urut berkenaan.

    Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

    Tertuduh yang tiada dokumen pengenalan diri ditahan pada hari sama dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie. - Metro
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 11, 2017.

Share This Page