Luar Negara Tukang tilik ramal Obama adalah Presiden US terakhir

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 11, 2016.

By Net on Nov 11, 2016 at 1:55 AM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    13,288
    Likes Received:
    9
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +13 / 0 / -0
    [​IMG]

    SOFIA, Bulgaria – Seorang wanita yang didakwa memiliki kebolehan meramalkan masa hadapan menyatakan, Barack Obama akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang terakhir, lapor portal Metro.co semalam.

    Wanita buta itu yang sudah pun meninggal dunia, Baba Vanga (gambar) yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Nostradamus Balkan, meramalkan dengan tepat bahawa AS akan mempunyai Presiden kulit hitam pertama selepas George W. Bush.

    Namun, masih tidak jelas maksud Vanga yang menyatakan, Obama akan menjadi yang terakhir.

    Wanita kelahiran Bulgaria yang meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada 1996 itu juga berkata, krisis ekonomi teruk akan berlaku semasa Obama menjadi Presiden.

    “Semua orang meletakkan harapan kepada beliau (Obama) supaya menamatkan krisis tersebut, namun perkara sebaliknya akan berlaku. Beliau akan menyebabkan negara itu jatuh, manakala konflik antara negeri-negeri di utara dan selatan akan memuncak,” kata wanita itu.

    Namun, dia tidak memperincikan tentang pemimpin yang akan mengembalikan kedamaian berpanjangan di AS, pemimpin yang memerintah AS.

    Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS yang ke-45 kelmarin.

    Sepanjang hidupnya, Vanga didakwa membuat beratus-ratus ramalan dengan 85 peratus daripada ramalannya tepat termasuk gelombang kebangkitan penduduk di negara-negara Arab yang dikenali sebagai Arab Spring pada 2010. – Agensi/Kosmo
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 11, 2016.

Share This Page