Dalam Negara 'Terima kasih Lee Hui Sen, tetapi saya masih belum lega'

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,867
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0


    [​IMG]
    Nor mengesatkan air mata kerana sedih dengan rintangan yang dihadapi beliau dan keluarga

    [​IMG]

    KUALA LUMPUR 12 Jan. - "Saya masih belum lega!" Itu kenyataan seorang ibu dua anak selepas hampir kehilangan rumah yang dilelong dan dibeli oleh seorang pembida bernama, Lee Hui Sen yang sudah membayar pendahuluan sebanyak 10 peratus iaitu RM44,500 daripada harga lelongan.

    Namun, Hui Sen dikatakan tidak sampai hati untuk mendapatkan rumah tersebut selepas bersimpati dengan kehidupan penghuni rumah itu sekeluarga dan membatalkan hasratnya namun tidak mahu mengambil balik wang pendahuluan yang sudah dibayar.

    Rumah beliau yang masih dihuni bersama suami dan anak-anak sepatutnya menjalani proses lelongan buat kali kelima Selasa lalu, selepas Hui Sen menarik diri daripada membeli rumah tersebut tiga bulan lepas.

    Hanya mahu dikenali sebagai Nor, wanita berusia 43 tahun itu yang tampil dalam sidang akhbar yang dikendalikan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara hari ini, berkata, proses lelongan itu dibatalkan sehari sebelum tarikh lelongan selepas PPIM melakukan perbincangan dengan pihak bank termasuk menyediakan wang pendahuluan berjumlah RM44,500.

    Menurut Nor, walaupun pihak bank memberi reaksi positif dalam perbincangan berkenaan termasuk untuk menghentikan proses lelongan dan menarik balik status bankrap beliau dan suami, namun dia masih belum boleh menarik nafas lega.

    "Terima kasih kepada PPIM. Sudah masuk tahun ketiga saya berjuang akhirnya pihak bank sudi mendengar dan menjanjikan sesuatu. Untuk setakat ini saya boleh senyum sedikit tetapi saya masih menantikan apa tindakan selanjutnya dan dimaktubkan dalam dokumen hitam putih.

    "Sebab apa saya melawan sehingga hari ini kerana saya rasa ditipu hidup-hidup. Lepas satu-satu janji dilakukan sejak lelongan pertama pada tahun 2014," kata Nor yang menitiskan air mata ketika menceritakan keperitan hidup mereka sekeluarga selepas dia dan suami diisytiharkan bankrap dan rumah mereka dilelong kerana tidak berjaya melangsaikan hutang bank.

    Nor turut berterima kasih kepada Hui Sen yang melepaskan rumah beliau selepas bersimpati kepadanya dan keluarga.

    Dalam surat yang ditinggalkan dalam peti surat rumah Nor, Hui Sen memohon maaf kerana membeli rumah tersebut dan tidak sampai hati untuk memilikinya selepas mendapati baju kanak-kanak disidai di luar rumah tersebut.

    "Saya tidak pernah berjumpa beliau kerana dia tidak mahu dikenali. Pada mulanya saya ingat surat itu hanyalah satu penipuan sebab apabila rumah dilelong butiran pemilih akan diketahui oleh orang ramai termasuk alamat rumah.

    "Selepas beliau menarik diri setidak-tidaknya kami mempunyai masa dan ruang untuk berjuang mendapatkan semula rumah tersebut," jelas Nor.

    Menurut beliau, baju yang tersidai di luar rumahnya seperti yang ditulis dalam surat Hui Sen adalah termasuk baju anak-anak yatim yang dibasuh sebagai sukarelawan.

    Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mengesa pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia melihat semula kaedah pengisytiharan status bankrap kepada sesorang peminjam.

    "Kita meminta supaya di dalam kes di mana pelanggan mempunyai aset, bank tidak boleh bertindak untuk mengistiharkan status bankrap terhadap pelanggan.

    "Bank perlu menjual aset dahulu sebelum bertindak mengistiharkan status bankrap. Kalau ini dibuat pengguna tidak akan terbeban. Sekarang ini mereka berhadapan dengan lelongan aset dan status bankrap. Kedua-dua ini mempunyai kos yang ditanggung oleh pengguna," kata Nadzim. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page