Dalam Negara Suami pancitkan tayar kereta isteri didenda RM3,000

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017 at 5:23 PM.

By Net on Jan 12, 2017 at 5:23 PM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    13,288
    Likes Received:
    9
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +13 / 0 / -0
    [​IMG]
    Foto hiasan.

    KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Penganggur itu melakukan khianat dengan memancitkan semua tayar dan memecahkan tingkap kenderaan isterinya yang menyebabkan jumlah kerosakan sebanyak RM1,000.

    Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Melan Abdul Latiff, 44, selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 17 November tahun lepas di Taman Desa Petaling di sini.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

    Mengikut fakta kes, Melan telah pergi ke rumah isterinya pada hari tersebut untuk mengambil anaknya berusia tujuh tahun, bagaimanapun isterinya tidak membenarkan menyebabkan tertuduh marah.

    Dia ditahan polis pada 9 Jan lepas di rumahnya di Cheras.

    Tertuduh yang tidak dapat membayar denda itu akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang. - Bernama/Sinar
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017 at 5:23 PM.

Share This Page