Dalam Negara Suami isteri saman JAWI lepas dicekup khalwat di hotel bajet

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,000
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    PASANGAN suami isteri, Mohd Ridhuan Giman (dua dari kanan) dan Siti Sarah Maulad Abdullah bersama peguambela, Yusfarizal Yussoff (dua dari kiri) dan Adam Luqman Amdan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas ditangkap berkhalwat dalam satu serbuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. - Foto Saddam Yusoff

    KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan enam yang lain, kerana membuat serbuan serta menahan mereka secara salah atas dakwaan khalwat.

    Mohd Ridhuan Giman, 34 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pegawai penguat kuasa JAWI Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin; Ketua Pegawai Penguat kuasa JAWI; Ketua Pengarahnya; JAWI ; Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

    Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Mohd Ridhuan dan Siti Sarah berkata, mereka bernikah pada 17 Oktober 2014 di Kuala Lumpur dan pernikahan itu didaftarkan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Mereka mendakwa, pada jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu defendan pertama dan kedua serta enam lagi pegawai penguat kuasa JAWI membuat serbuan di bilik sebuah hotel bajet tempat mereka menginap.

    Plaintif pertama berkata, sebelum dapat membaca dengan jelas kad kuasa yang ditunjukkan, pegawai serbuan meluru ke dalam bilik walaupun sudah dimaklumkan bahawa isterinya berada dalam bilik tanpa berpakaian lengkap.

    Pegawai lelaki itu didakwa plaintif pertama melihat isterinya berada dalam berpakaian tidak lengkap, kemudiannya mengambil gambar serta video, menyebabkan berlaku pergelutan antara beliau (suami) dan pegawai serbuan.

    Katanya, walaupun sudah ditunjukkan foto sijil nikah dan gambar perkahwinan yang tersimpan dalam telefon bimbitnya (plaintif pertama) sebagai bukti sah status perkahwinan, pegawai serbuan enggan menerima pakai bukti itu dan berkeras hendak menahan mereka.

    Dakwa plaintif, mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee bagi laporan tangkapan atas dakwaan berkhalwat sebelum dibawa ke pejabat JAWI.

    Mereka mendakwa, kemudian dibebaskan selepas ibu kepada plaintif pertama menandatangani Bon Diri bagi menjamin kehadiran untuk siasatan lanjut.

    Berikutan itu, mereka menuntut perisytiharan tangkapan itu adalah salah, tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan serta Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan perisytiharan ia menceroboh privasi serta salah guna kuasa, selain menuntut ganti rugi. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,000
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Suami isteri cedera bergelut

    KUALA LUMPUR, 17 Feb ― Seorang suami cedera di leher sewaktu bergelut dengan penguatkuasa agama ketika mereka memaksa masuk bilik hotel penginapan pasangan itu.


    Sementara isterinya pula mengalami lebam-lebam di tangan akibat bergelut kerana membantah apabila dipaksa berpakaian di depan penguatkuasa lelaki.

    Kumpulan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga didakwa tidak mengendahkan imej sijil nikah dalam telefon tangan yang membuktikan mereka sah berkahwin.

    Susulan kejadian di sebuah hotel bajet di sini pada 8 Januari lalu, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, mengheret Jawi ke mahkamah.

    Sewaktu kejadian itu, pada 1.30 pagi, anggota-anggota penguatkuasa lelaki didakwa "masuk secara paksa walau sudah dimaklumkan isterinya tidak berpakaian lengkap."

    "Pergelutan yang berlaku telah membawa kepada kecederaan di bahagian leher si suami," kata kenyataan media mereka selepas menfailkan kes tersebut di mahkamah di sini hari ini.

    Anggota penguatkuasa lelaki itu, daripada pasukan lapan orang termasuk seorang wanita, malah mengarahkan isterinya berpakaian lengkap di depan mereka.

    "Seorang pegawai lelaki masih terus menangkap gambar dan merakam video pasangan suami isteri tersebut walaupun telah dimaklumkan berkenaan status sah perkahwinan mereka," kata pasangan itu lagi.

    "Pegawai perempuan masih berada di luar [bilik hotel] dan tidak melakukan apa-apa untuk melindungi kehormatan si isteri."

    Pasangan itu mendakwa sewaktu si suami dibawa ke lobi hotel, isterinya masih di dalam bilik.

    "Walaupun si isteri telah meminta supaya dibenarkan memakai pakaian secara privasi, permintaan tersebut ditolak, dan membawa kepada berlakunya pertelingkahan dengan seorang pegawai lelaki," kenyataan media itu dipetik.

    "Akibatnya, si isteri mengalami lebam-lebam di bahagian tangan kiri."

    Mereka berdua kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis sebelum disiasat di pejabat Jawi. Pasangan itu seterusnya ditahan di dua bilik berasingan hampir sejam.

    Apabila ibu lelaki itu membawa salinan asal sijil nikah pasangan tersebut, penguatkuasa jabatan itu enggan menerima pakai dokumen tersebut.

    "[Mereka] memaksa ibu si suami untuk menandatangani bon diri bagi menjamin kehadiran pasangan suami isteri tersebut untuk siasatan lanjut [pada tarikh lain]," kata mereka.


    Suami isteri cedera, pegawai Jawi ceroboh bilik hotel (VIDEO) | Berita | ProjekMMO | Malay Mail Online
     

ibeli4u

Share This Page