Dalam Negara Suami isteri dakwa ditipu bank, muflis walaupun sudah selesai bayaran

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Dec 20, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,892
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mendakwa rasa tertipu dengan janji sebuah bank, di sini apabila bayaran sebanyak RM40,000 yang dibuat mereka bagi mengelakkan rumah dilelong dan diisytiharkan muflis, dimungkiri.

    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 42, mendakwa keadaan itu berlaku selepas mereka menerima notis daripada bank berkenaan pada Julai 2014 lalu, yang memaklumkan rumah mereka akan dilelong.

    Dakwanya, sebaik menerima notis itu, beliau dan suami beberapa kali berjumpa dengan pegawai bank berkenaan bagi membuat rayuan untuk menyelesaikan status rumah dan mengelak diisytiharkan muflis.

    "Pada perbincangan itu, pegawai bank berkenaan memberi kata putus dan berjanji status lelong dan muflis akan dibatalkan jika kami membayar RM40,000.

    "Saya terpaksa menebalkan muka meminjam daripada keluarga dan saudara-mara untuk mengumpul wang itu, yang perlu diserahkan sebelum jam 12 tengah hari, sehari sebelum tarikh lelongan pada 31 Julai 2014.

    "Bagaimanapun, selepas tiga bulan membuat bayaran, dengan tiba-tiba akaun bank suami saya dibekukan kerana disenaraikan muflis Jabatan Insolvensi," dakwanya ketika ditemui pada sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page