Teknologi Star Citizen Mungkin Hanya Akan Menyokong API Grafik Vulkan Sahaja

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Mar 21, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    11,234
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Star Citizen, sebuah permainan video penerokaan angkasa lepas hasil penerbitan Cloud Imperium Games merupakan permainan yang menerima wang terbanyak di platform crowdfunding Kickstarter sehingga kini. Mereka yang kenal dengan tajuk permainan video ini pastinya tahu bahawa permainan video ini, walaupun masih berada di fasa ujian beta, telah melakukan pelbagai pertukaran, termasuklah mod permainan, sehinggalah pertukaran enjin grafik.

    Terkini, Cloud Imperium Games telah mengumumkan bahawa Star Citizen hanya akan menyokong API grafik Vulkan sahaja. Menurut Alistair Brown, Pengarah Pengaturcaraan Grafik Cloud Imperium Games, keputusan menggunakan API Vulkan sahaja diambil kerana API tersebut disokong lebih meluas oleh sistem-sistem operasi yang terbesar sekarang, termasuklah Windows 7, 8, 10 dan juga Linux.

    Kenyataan terbaru ini agak mengejutkan kerana setahun lalu, Chris Roberts, presiden Cloud Imperium Games menyatakan bahawa permainan video tersebut akan menyokong kedua-dua API DirectX12 dan juga Vulkan. Beliau juga berkata bahawa ini tidak bermaksud syarikat tersebut tidak akan memberi sokongan untuk DirectX12, kerana mereka akan mempertimbangkan penggunaan API Microsoft tersebut jika ia didapati akan memberi lebih kebaikkanberbanding Vulkan.

    Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan video Star Citizen ini masih belum diketahui lagi, walaupun ianya telah dibiayai oleh orang ramai di Kickstarter untuk jumlah yang melangkaui USD$2.0 juta pada tahun 2012 lepas. Kini, melalui laman web Roberts Space Industries, jumlah keseluruhan biayaan orang ramai dikatakan sebanyak USD$115 juta.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page