Teknologi Spesifikasi Minimum PC Untuk Menggunakan Windows 10 VR Diumumkan

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Dec 8, 2016.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,034
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Microsoft akan menghasilkan peranti realiti maya untuk Windows 10. Spesifikasi PC paling minimum untuk menggunakannya kini diketahui. Ia jelas lebih mudah dipenuhi majoriti pengguna PC berbanding apa yang diperlukan oleh Oculus Rift dan HTC Vive. Menarik sekali pemilik PC dengan kad grafik terbina masih boleh menggunakannya.


    Spesifikasi penuh adalah seperti di bawah. Microsoft dipercayai akan mula mencuba peranti realiti maya ini seawal Februari tahun hadapan. Peranti realiti maya ini akan dihasilkan dengan kerjasama HP, Lenovo, Dell, Acer dan Asus. Microsoft melihat pembangunan realiti maya adalah penting untuk masa depan PC. Dengan spesifikasi yang rendah ini, pemilik PC tidak perlu membeli komputer baru untuk menikmatinya.

    • CPU: Intel Mobile Core i5 Dual-Core dengan Hyperthreading
    • GPU: Intel® HD Graphics 620 (GT2) atau kad grafik yang menyokong DX12
    • RAM: 8GB+ Dual Channel
    • HDMI: HDMI 1.4 (2880×1440 @ 60 Hz) atau HDMI 2.0 atau DP 1.3+ (2880×1440 @ 90 Hz)
    • HDD:100GB+ SSD / HDD
    • USB: USB 3.0 Type-A atau USB 3.1 Type-C dengan DisplayPort Alternate Mode
    • Bluetooth: Bluetooth 4.0

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page