Teknologi Sony Akan Menggunakan Skrin OLED Pada Peranti Mereka Bermula 2018

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,936
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Tahun 2017 ialah tahun kebangkitan OLED. Skrin yang dahulunya ditemui pada peranti Samsung, OnePlus dan Nokia sahaja akan mula digunakan pada peranti pengeluar lain seperti Apple. Kos penghasilan skrin OLED yang semakin murah membuatkan ia menjadi pilihan berbanding LCD. Kebaikan bagi pengguna ialah penghasilan warna lebih cantik serta pengurangan penggunaan tenaga.

    [​IMG]Menurut laporan akhbar Jepun Nikkan, Sony turut akan mengikut perkembangan semasa dan menggunakan OLED pada peranti keluaran pertama. Tetapi ini hanya akan dilakukan pada tahun 2018. Tiada sebab diberikan mengapa ia lambat setahun berbanding pengeluar lain. Besar kemungkinan kerana pada tahun ini dunia akan mengalami kekurangan stok OLED.

    Biar lambat asalkan selamat. Kami hanya boleh berharap peranti Xperia akan masih wujud pada tahun tersebut dan kami boleh melihatnya sendiri.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page