Luar Negara Smash Datuk Lee Chong Wei terpantas di dunia 408km/j

Discussion in 'Badminton' started by Net, May 13, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,469
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    CHONG WEI memiliki smash selaju 408km/j yang dilakukan pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Coliseum Hung Hom, September tahun lalu.

    KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini memegang rekod pukulan smash paling kencang sejak September tahun lalu apabila melakukan pukulan tersebut dengan kepantasan 408 kilometer sejam (km/j) ketika menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 yang berlangsung di Coliseum Hung Hom ketika itu.

    Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelajuan pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei itu telah direkod dan diukur dengan menggunakan teknologi Hawk Eye yang telah diguna pakai dalam beberapa kejohanan utama sejak September tahun lalu.

    Bagaimanapun, rekod yang dipegang pemain yang menduduki ranking kedua dunia ketika ini diekori rapat oleh bintang Denmark, Jan O Jorgensen yang berjaya melakukan catatan 407km/j pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2016 April lalu.

    Sementara itu, pemenang lima kali Kejohanan Dunia, Lin Dan hanya berjaya merekodkan pukulan smash paling laju iaitu 401km/j ketika beraksi pada Terbuka Jepun yang juga berlangsung pada September tahun lalu.

    Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita Thailand yang menghuni ranking kedua dunia ketika ini, Ratchanok Intanon pula dinobatkan sebagai pemegang rekod pukulan smash paling laju bagi kategori wanita apabila mencatat kepantasan 372km/j juga pada Terbuka Malaysia 2016. - Kosmo
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. InstaForexNsm

    freshman

    Joined:
    Sep 15, 2016
    Messages:
    14
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    3
    Gender:
    Female
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    dasyat ni smash selaju 408km/sejam.tahniah.lee chong wei satu kebanggaan buat malaysia
     
  5. aliluqmanhh

    freshman

    Joined:
    Nov 25, 2016
    Messages:
    6
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    dah sama laju dengan nissan gtr r35. kena kat muka mau merah muka.haha
     

ibeli4u

Share This Page