Teknologi Samsung Membolehkan Anda Membuat Pembelian Di Lazada Dan Dihantar Dari Kedai Terdekat

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Nov 18, 2016.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,503
    Likes Received:
    24
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +24 / 0 / -0
    Samsung Malaysia sebelum ini sedia menambah kedai atas-talian melalui Lazada, sekaligus membolehkan para pengguna membuat pembelian barangan Samsung daripada saluran rasmi dengan mudah. Terkini, Samsung Malaysia memperluaskan kerjasama mereka, dan turut mengintegrasikan dan mengguna-pakai sokongan geolokasi.

    Kini, apabila anda membuat pembelian barangan Samsung daripada saluran rasmi Samsung di Lazada (terdapat beberapa pengedar Samsung lain yang tidak terlibat dalam program ini), lokasi anda akan ditentukan berdasarkan poskod – dan penghantaran produk anda akan dilakukan daripada kedai rasmi Samsung berdekatan. Malah, katalog yang akan diperlihatkan kepada pengguna juga akan berdasarkan kepada lokasi penghantaran anda – sekaligus menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan seperti penghantaran yang pantas dan percuma (untuk pembelian melebihi RM500).

    Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna untuk membeli barangan Samsung – terutamanya barangan rumah seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya dengan lebih yakin memandangkan kedai Samsung terdekat akan melakukan penghantaran.

    Dengan kerjasama ini juga, pengguna turut boleh menggunakan beberapa kelebihan platform Lazada dalam mendapatkan barangan Samsung, termasuk antaranya adalah diskaun pembelian, menerima wang-tunai kembali (sehingga 30%), hadiah percuma, bayaran secara ansuran, dan beberapa yang lain. Pengguna Samsung sedia ada turut boleh mengakses kedai atas-talian hasil kerjasama Lazada ini melalui aplikasi mySamsung App.

    [​IMG]

    Seperti biasa, selain daripada saluran rasmi Samsung ini di Lazada, pengguna turut boleh melakukan pembelian daripada kedai-kedai dan penjual lain dalam Lazada, tetapi tidak tertakluk untuk menerima penghantaran pantas dan percuma, selain berkemungkinan ia produk yang dibeli mungkin tidak menyertakan jaminan Samsung Malaysia.

    Layari – Samsung Malaysia di Lazada

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page