Teknologi Samsung Dilaporkan Mungkin Menggunakan Bateri Keluaran Sony Pada Telefon Galaxy S8

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Feb 18, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    11,620
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Pada tahun 2016 yang lepas, salah satu kemelut yang melanda Samsung adalah berkenaan dengan masalah bateri yang cepat menjadi panas dan terbakar pada Galaxy Note 7. Samsung sejak daripada itu telah mengumumkan perkara berkenaan secara terbuka, dan berkongsi mengenai perubahan dari segi bagaimana mereka membuat kawalan piawaian dan sebagainya.

    Terkini, dengan persiapan untuk pengenalan Galaxy S8 pada bulan Mac 2017 kelak, Samsung kini dalam proses mendapatkan pembekal dan mengeluarkan telefon pintar terbaru berkenaan. Seperti biasa, untuk pengeluaran sesuatu peranti, ia mengguna-pakai komponen daripada pelbagai pengeluar.

    Menurut WSJ, untuk Galaxy S8, Samsung akan mendapatkan bekalan bateri daripada Sony, selain daripada Samsung SDI dan juga Amperex. Bekalan bateri daripada Sony dikatakan adalah dalam kuantiti yang kecil jikalau dibandingkan dengan Samsung SDI dan Amperex.

    Kebiasaan, tempahan daripada beberapa syarikat pengeluaran dilakukan supaya dapat memenuhi jumlah komponen yang diperlukan dalam sesuatu tempoh masa.

    Ia tidak diketahui lagi pasaran manakah yang akan menggunakannya dan pelbagai maklumat lanjut mengenainya. Perkara ini juga jarang dikongsikan pengeluar peranti kepada umum.

    Mengikut desas-desus, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S8 pada Mac 29, dan mungkin memasarkannya kepada umum bermula bulan April.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page