Teknologi Rekaan Peranti Yang Didakwa Samsung Galaxy S8 Tertiris

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    8,468
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Samsung Galaxy S8 mungkin diperlihatkan di MWC Februari ini dan hanya akan dijual pada pertengahan April. Rekaan peranti ini dirahsiakan oleh Samsung tetapi beberapa maklumat telahpun tertiris. Antara yang didengari ialah dua model dengan saiz skrin berbeza dan rekaan “skrin sepenuhnya” yang akan membuatkan butang navigasi fizikal tidak lagi digunakan.

    [​IMG]Rekaan sebuah peranti yang didakwa ialah Samsung Galaxy S8 tertiris hari ini. Ia tersorok di belakang sebuah kerangka keluaran Ghostek. Dari apa yang boleh dilihat ialah ia sah tidak mempunyai butang home fizikal. Skrin dwi-lengkung dikekalkan dan sistem dwi-kamera tidak digunakan sama sekali.

    Kesahihan gambar ini mungkin boleh diragui buat masa ini kerana ketiadaan pengimbas nadi pada panel belakang dan konfigurasi butang kuasa serta suara pada satu sisi. Rekaan peranti Galaxy S sejak S5 mempunyai pengimbas nadi. Butang suara dan kuasa juga akan sentiasa diletakkan pada sisi yang bertentangan.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page