Dalam Negara Rakaman motosikal dirempuh Alza di lampu isyarat

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 15, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0


    [​IMG]

    PETALING JAYA: Sebuah video yang dirakam pada petang Selasa menunjukkan sebuah kereta merempuh motosikal di persimpangan Pandan Indah kini tular.

    Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta, dimuat naik oleh Ng Sin Ji, 26 di Facebook.

    Ketika berita ini ditulis, rakaman tersebut dikongsi sebanyak 3,906 kali.

    Video tersebut menunjukkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal di mana masing-masing cuba melanggar lampu merah.

    Pemandu kereta Alza merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan berdekatan lampu isyarat.

    Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya. - MStar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Penunggang motosikal cedera ringan, patah 4 gigi

    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang cedera dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza yang rakaman videonya menjadi viral telah menerima rawatan bagi kecederaan ringan.


    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai penunggang motosikal itu kerana dia kini dirawat di Hospital Ampang.

    Katanya, penunggang motosikal tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka selain patah empat gigi.

    Hamzah turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis daripada seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tetapi tiada laporan diterima daripada penunggang motosikal terbabit.

    Beliau berkata, polis sedang mencari saksi kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.25 petang Selasa di persimpangan lampu isyarat Jalan Pandan Indah di sini.

    Video insiden yang dirakam pada petang Selasa itu kini tular.

    Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta, dimuat naik oleh Ng Sin Ji, 26 di Facebook.

    Video tersebut menunjukkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal di mana masing-masing cuba melanggar lampu isyarat merah.

    Pemandu kereta Perodua Alza merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan.

    Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya.


    Read more at Video Tular: Penunggang Motosikal Cedera Ringan, Patah Gigi - Berita Semasa | mStar
     

ibeli4u

Share This Page