Dalam Negara Polis tahan kereta dengan pelekat POLIZEI

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 4, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,921
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]

    Kuala Lumpur: Polis menahan lelaki berusia 23 tahun dan menyita kereta dipandu yang ditampal dengan perkataan Jerman 'POLIZEI' yang bermaksud polis selepas ditahan Jalan Lembah Jaya, Ampang, semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor Superitenden Kamaludin Mohamad berkata, lelaki berusia 23 tahun terbabit ditahan unit kereta peronda (MPV) yang membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapati kereta model Mitsubishi Lancer dipandu laju.

    Katanya, pemandu dan kenderan terbabit di bawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

    "Hasil saringan ujian air kencing adalah negatif dan suspek tidak memiliki rekod jenayah. Bagaimanapun polis mengeluarkan satu saman terhadap suspek kerana didapati memandu laju.

    "Kereta terbabit turut di bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan Padang Jawa untuk pemeriksaan lanjut, hari ini.

    "Hasil pemeriksaan oleh pihak JPJ, sebanyak 10 saman dikeluarkan terhadap suspek dan pelekat 'POLIZEI' di badan kenderaan turut diarahkan dibuka serta merta," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini

    Gambar kereta itu tular selepas dimuat naik di laman sosial. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. testunifi69

    freshman

    Joined:
    Apr 4, 2017
    Messages:
    2
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    stiker pon kena tahan jugak. parah jugak tu. kalau kena ada vinyl masakla
     
  5. testunifi69

    freshman

    Joined:
    Apr 4, 2017
    Messages:
    2
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    stiker pon kena tahan jugak. parah jugak tu. kalau kena ada vinyl masakla.berapa kompaun dia?
     

ibeli4u

Share This Page