Dalam Negara Polis pangkat ASP, isteri maut lepas Passo dinaiki dirempuh Hilux

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 18, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Keadaan kereta Toyota Passo remuk teruk dirempuh pikap Toyota Hilux sebelum berlanggar dengan Honda City di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

    [​IMG]
    Pikap Toyota Hilux dan Honda City yang terbabit dalam kemalangan. - Foto Ihsan Bomba

    [​IMG]
    [​IMG]
    KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi di Jalan Baru Kupang-Baling berdekatan Kampung Telok Teduri, Baling. Nahas itu menyebabkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Mohd Noor Mat Yaub dan isterinya Suriya Ab Rahman maut di tempat kejadian. - Foto ihsan Pembaca

    [​IMG]
    MD Noor Mat Yaub dan isteri Suriya Ab Rahman maut setelah kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi di Jalan Baru Kupang Baling berdekatan Kampung Telok Teduri. - Foto ihsan pembaca

    Baling: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan isterinya maut manakala empat anak mereka cedera selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri Jalan Baru Kupang-Baling, hari ini,

    Dalam kejadian 7 pagi itu, Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub, 38, memandu kereta Toyota Passo bersama isteri Suriya Abdul Rahman, 37, serta empat anak berusia antara enam hingga 11 tahun.

    Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri.

    Menurut sumber, setiba di lokasi kejadian, mangsa memberhentikan keretanya untuk membelok ke kiri apabila tiba-tiba sebuah pikap Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.

    “Akibat rempuhan itu kereta mangsa melungsur masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta Honda City yang datang dari arah Kupang ke Baling.

    “Pertembungan itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Honda City turut cedera parah dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan," katanya.

    Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.13 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling tiba 7.32 pagi.

    Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan operasi menyelamat dan membersihkan kawasan kemalangan dijalankan. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Wanita pandu Hilux positif dadah

    Alor Setar: Wanita berusia 37 tahun yang memandu Toyota Hilux dalam kemalangan sehingga mengorbankan dua nyawa di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, pagi tadi, ditahan polis selepas disahkan positif dadah.


    Pemandu berasal dari Baling itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan saringan awal ujian air kencing dilakukan.

    Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, wanita terbabit ditahan sejurus kemalangan itu untuk membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan nyawa Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Daud, 38, dan isteri, Suriya Abdul Rahman, 37.

    “Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pemandu terbabit dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Baling untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok," katanya ketika dihubungi tadi.

    Harian Metro Online hari ini melaporkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dan isterinya maut manakala empat anaknya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri.

    Dalam kejadian 7.15 pagi itu, Mohd Noor sekeluarga menaiki Myvi dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri sebelum sebuah Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.

    Akibat rempuhan itu, kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar Honda City dari arah Kupang ke Baling menyebabkan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian.


    Pemandu positif dadah [UPDATE] | Harian Metro
     
  5. idazu

    Newbie

    Joined:
    Mar 12, 2009
    Messages:
    21
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Innalillah......ngerinya tengok..kereta remuk
     

ibeli4u

Share This Page