Dalam Negara Polis gali semula kubur bayi dilahirkan gadis kolej

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jul 12, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,552
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0
    [​IMG]
    Polis menggali semua kubur bayi di Jerteh semalam, bagi membantu siasatan kes pelajar kolej swasta menyembunyikan kelahiran dan kematian anaknya. - Foto Mohammad Ishak

    Jerteh: Polis menggali semula kubur bayi di Tanah Perkuburan Islam di sini, petang semalam, bagi membantu siasatan kes pelajar kolej swasta menyembunyikan kelahiran dan kematian anaknya.

    Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya membuat permohonan kepada Majistret Besut untuk menggali semula kubur berkenaan.

    Menurutnya, tindakan itu dibuat untuk siasatan lanjut selepas menerima maklumat daripada pihak hospital mengenai seorang pelajar kolej swasta berusia 21 tahun mendapatkan rawatan kelahiran di Hospital Besut, malam kelmarin.

    Katanya, pihak hospital curiga apabila pelajar berkenaan mempunyai kesan baru melahirkan anak tetapi bayinya tidak dirujuk bersama.

    "Pelajar berkenaan mendakwa bayi itu sudah meninggal dunia dan dikebumikan ahli keluarganya.

    "Berikutan itu, kami terpaksa menggali semula kubur berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,552
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0
    Tiada permit kebumi, ibu bayi belum berkahwin

    BESUT: Polis menggali semula kubur seorang bayi yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, semalam berikutan pengebumiannya di sebuah tanah perkuburan Islam di Jerteh, di sini Ahad lepas, tidak mendapat permit.


    Difahamkan, jenazah bayi itu dikebumikan abang kepada ibu bayi berkenaan yang telah melahirkannya di rumah keluarganya dekat Jerteh, Ahad lepas.

    Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ibu bayi itu yang berumur 21 tahun, belum berkahwin dan masih menuntut di sebuah kolej swastadi negeri ini.

    Mohd Zamri berkata polis menggali semula kubur bayi berkenaan selepas kejadian itu disedari seorang doktor yang merawat wanita berkenaan ketika beliau dihantar ke unit kecemasan Hospital Daerah Besut pada kira-kira pukul 11 malam, Ahad lalu.

    Katanya, pihak hospital diberitahu wanita berkenaan telah melahirkan bayinya di dalam tandas rumah keluarganya tetapi bayi itu meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

    "Susulan kejadian itu wanita berkenaan telah dibawa keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut pada malam yang sama," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

    Mohd Zamri berkata doktor mendapati ada luka yang besar pada alat sulit wanita berkenaan dan pada masa sama mendapati tiada sebarang rekod dibuat mengenai kelahiran bayi tersebut atau dirujukkan kepada hospital sebelum itu.

    "Pihak hospital kemudian dengan kebenaran daripada mahkamah dan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu telah mengali kubur bayi itu semalam untuk siasatan lanjut, katanya.

    Beliau berkata buat masa ini tiada tangkapan dilakukan dan wanita berkenaan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. - Bernama


    Tiada Permit Kebumi, Polis Gali Semula Kubur Bayi - Berita Semasa | mStar
     

ibeli4u

Share This Page