Dalam Negara Polis ditikam lepas tegur lelaki jangan hisap rokok di stesen minyak

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 21, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]

    SHAH ALAM: Seorang anggota polis cedera di paha selepas ditikam seorang lelaki yang ditegurnya kerana menghisap rokok di stesen minyak di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, dalam kejadian 9 pagi itu, Koperal Mohamad Azli Hashim, 32, dari unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor singgah di stesen minyak itu selepas menghantar seorang pegawai menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam (HSA).

    “Kejadian berlaku di stesen minyak itu, apabila mangsa menegur seorang lelaki berumur 30-an tidak menghisap rokok ketika berada di stesen minyak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Bagaimanapun, menurutnya, teguran itu tidak diendahkan lelaki itu yang kemudiannya beredar menuju ke arah motosikalnya.

    “Anggota polis itu kemudian mengekori suspek dan berlaku pergelutan menyebabkan paha anggota polis itu cedera selepas ditikam suspek menggunakan senjata tajam,” katanya.

    Shafien berkata, suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal Yamaha LC 135 dengan nombor pendaftaran BLY 1691.

    Katanya, orang awam membantu menghantar anggota polis itu ke HSA dan mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

    “Gerakan memburu suspek giat dijalankan dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu polis berhubung kes berkenaan,” katanya. - FMT
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. bisk0t

    freshman

    Joined:
    Oct 16, 2015
    Messages:
    7
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Haish..bahaya tol skarang ni..polis pon bole kena tikam..ape punya manusia la..
     

ibeli4u

Share This Page