Luar Negara Penyu akan dibedah lepas telan berpuluh duit syiling

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 24, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,301
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Veterinarian Nantarika Chansue, wearing gloves, and her team pose with the suffering, coin-swallowing turtle "Bank".

    [​IMG]
    [​IMG]
    GAMBAR imbasan CT ini menunjukkan wang syiling yang berkumpul di dalam perut penyu berkenaan. - Agensi

    Bangkok: Pakar veterinar merancang membedah seekor penyu yang sakit selepas bertahun-tahun menelan duit syiling yang dicampak ke dalam kolam oleh orang ramai untuk mendapatkan tuah.

    Pensyarah fakulti sains veterinar dari Universiti Chulalongkorn, Nantarika Chansue berkata, pasukannya sedang membuat persediaan membuang puluhan duit syiling yang terkumpul di dalam perut penyu itu.

    Portal Bangkokpost melaporkan, pembedahan itu dijangka dijalankan dalam tempoh dua minggu lagi.

    Penyu itu dibawa oleh anggota tentera dari daerah Si Racha di Chon Buri, tempat tinggal di dalam sebuah kolam terbiar.

    Perut penyu itu yang semakin berat menekan cengkerang di bahagian bawah menyebabkan ia retak dan dijangkiti kuman.

    Paru-paru haiwan itu juga terkena jangkitan kuman menyebabkan dia tidak boleh menyelam. Penyu itu juga sukar untuk berenang dan makan.

    Imbasan CT pada penyu itu menemui satu gumpalan besar syiling di dalam perut serta mata pancing di ususnya.

    Menurutnya, beberapa penderma berjaya mengumpul dana berjumlah 15,000 baht (RM1,900) bagi membiayai rawatan untuk penyu berkenaan. - Agensi/Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. yayasan ihsan rakyat

    freshman

    Joined:
    Feb 24, 2017
    Messages:
    9
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    mak aii.. banyak tu duit dlm perut dia.. +Berpeluh+
     
  5. yayasan ihsan rakyat

    freshman

    Joined:
    Feb 24, 2017
    Messages:
    9
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    mak aii.. banyak tu duit dlm perut dia.. +Berpeluh+
     

ibeli4u

Share This Page