Dalam Negara Penunggang Yamaha R6 maut kemalangan di Tapah

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 20, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,910
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di kilometer 312.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca

    Tapah: Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan lain di kilometer 312.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah, hari ini.

    Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa Shamsul Anuar Ahmad, 28, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R6 meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian anggota badan.

    Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti.

    Katanya, ia berdasarkan kesan kerosakan bahagian hadapan motosikal berkenaan.

    “Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah dan bedah siasat sedang dijalankan.

    “Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini. - Metro


    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page