Teknologi Penumpang Dilarang Membawa Peralatan Elektronik Di dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat...

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Mar 21, 2017 at 10:04 AM.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    8,430
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Ancaman keganasan mula dipandang berat selepas insiden 11 September 2001. Sejak dari hari hitam ini kawalan keselamatan di lapangan terbang meningkat dengan mendadak. Kami sendiri secara peribadi telah “diraba” pegawai keselamatan di lapangan terbang Amerika Syarikat atas tujuan keselamatan

    [​IMG]Terkini penumpang dari 13 lapangan terbang antarabangsa dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang peralatan elektronik di dalam penerbangan ke Amerika Syarikat. Hanya sebuah telefon pintar atau peralatan perubatan dengan pengesahan doktor dibenarkan dibawa masuk.

    Pengharaman ini dilakukan kerana pihak risikan Amerika Syarikat mendapat maklumat pengganas bercadang menyeludup letupan ke dalam pesawat menggunakan peralatan elektronik seperti komputer riba. Tidak diketahui selama manakah pengharaman ini akan berkuatkuasa. Setakat ini hanya syarikat penerbangan Royal Jordanian Air secara rasmi mengumumkan kewujudan larangan ini.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page