Dalam Negara Pengasas pelaburan Mecca Fund didakwa lagi hari ini

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,935
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    PENGASAS skim pelaburan pajakan hotel di Tanah Suci, Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman,dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan menipu membabitkan kerugian RM70,000.

    SELAYANG: Selepas dua hari berturut-turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru dan Kuala Lumpur, pengasas skim pelaburan pajakan hotel di Makkah dan Madinah, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu membabitkan kerugian RM70,000.

    Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Iriane Isabelo.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, Sheikh Saidey didakwa menipu dengan memperdaya Pauziah Ab Ghani, 61, dengan menawarkan pajakan bilik hotel di Makkah yang tidak wujud.

    Perbuatan itu mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM70,000 ke dalam akaun Bank Islam milik tertuduh di Lot 1, Jalan SG 7/10, Taman Sri Gombak, Batu Caves, di sini, jam 1.10 tengah hari, 13 Jun 2016.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16 Februari untuk sebutan semula kes. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page