Teknologi Pemandu Teksi Berdemo Di Hadapan Parlimen Pula Untuk Membantah Uber Dan Grab

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Mar 21, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,031
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Ramai yang menyangka kemelut di antara pemandu teksi dan perkhidmatan perkongsian kenderaan sudah berakhir tahun lalu. Tindakan kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan Uber dan Grab dipandang sebagai langkah positif oleh pengguna yang bosan dengan perkhidmatan teksi yang buruk. Nampaknya rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.

    [​IMG]

    Seramai 50 orang pemandu teksi yang mewakili Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang melakukan demo di hadapan Parlimen pagi tadi. Demo dilakukan kerana kesal dengan tindakan kerajaan membenarkan Uber dan Grab beroperasi “secara tidak sah”. Kewujudan mereka menyebabkan pemandu teksi menghadapi masalah mendapatkan pelanggan sekaligus mengurangkan pendapatan mereka. Mereka turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Selangor dan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Nancy Shukri.

    Kerana jumlah teksi terlalu banyak bersaing dengan perkhidmatan perkongsian kereta, mereka mencadangkan perkhidmatan teksi dihapuskan terus. Pemandu teksi sedia ada kemudian dibenarkan menggunakan kenderaan peribadi tanpa perlu mengikuti pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi pemandu teksi.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page