Dalam Negara Pau bentuk ayam panggang pula jadi viral

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 5, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,457
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    [​IMG][​IMG]
    MOHD Fadzli menunjukkan pau ayam panggang yang dijualnya.

    Kuala Lumpur: Dari jauh kelihatan seperti ayam panggang, tetapi sebenarnya pau.

    Tidak hairan, dengan tekstur unik itu makanan berkenaan kini menjadi rebutan, sekali gus menyaingi populariti pau cendawan yang pernah tular sebelum ini.

    Peniaga pau, Mohd Fadzli Muhd Aini, 29, berkata, dia mula menjual pau ayam panggang di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sejak November tahun lalu.

    “Saya pernah lihat pau cendawan dan mencuba menjual pau cendawan. Ternyata ramai yang menggemarinya.

    “Oleh itu, apabila pembekal mengeluarkan pau berbentuk ayam panggang pula, saya cubalah jual.

    “Pau biasa bulat dan diwarnakan mengikut perisa. Bagaimanapun, pengeluar ini kreatif membuat pau bentuk ayam panggang.

    “Setiap hari saya menjual 40 hingga 50 pau ayam dengan harga RM3.50 setiap satu,” katanya.

    Pelanggan, Siti Sazana Ramli, 32, berkata, setiap petang dia ke gerai Mohd Fadzli untuk mendapatkan pau istimewa itu.

    “Harganya berpatutan, lembut dan anak saya suka kerana bentuknya yang unik sama seperti ayam panggang hingga mereka keliru sama ada ia ayam sebenar atau pau,” katanya. - Metro


    [​IMG]
    [​IMG]
     
    • Like Like x 1
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. wanny31

    freshman

    Joined:
    Dec 29, 2014
    Messages:
    3
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Female
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    nampak sedap pulak tgk pau ayam panggang tu...+Bersinar2+
     
  5. wanny31

    freshman

    Joined:
    Dec 29, 2014
    Messages:
    3
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Female
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    nampak sedap pulak tgk pau ayam panggang tu...+Bersinar2+
     
  6. sanji

    Newbie

    Joined:
    May 21, 2011
    Messages:
    143
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    sedap ni harga pun sedap,memanggang terus
     

ibeli4u

Share This Page