Luar Negara Patung harimau di kem komando diroboh kerana wajah lucu tak garang

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,302
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    PATUNG harimau di kem tentera di Cisewu ini menjadi tular di media sosial kerana dianggap berwajah lucu. - Agensi

    Bandung: Tentera Indonesia menurunkan patung harimau di depan sebuah kem komando di sini selepas ia menjadi bahan lawak di media sosial kerana kelihatan tidak garang dan lucu.

    Harimau itu adalah maskot kem tentera di Cisewu tetapi mulutnya yang kelihatan seperti tersenyum lebar mula tular selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

    Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga ada menggelarnya ‘harimau paling bahagia di dunia.’

    “Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau Cisewu ini,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Galcit.

    Kerana teruk disindir, tentera kelmarin akhirnya menurunkan patung harimau itu yang berada di atas papan tanda kem berkenaan selama enam tahun.

    “Harimau sepatutnya kelihatan garang kerana haiwan itu melambangkan keberanian dan ketangkasan.

    “Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” kata jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto.

    Menurutnya, maskot harimau yang baru dan garang akan menggantikan tempat patung lama itu.

    Tidak lama selepas gambar patung harimau itu diturunkan, pengguna media sosial melahirkan kesedihan dengan tindakan tentera itu.

    Ramai pengguna media sosial juga mengkritik tentera kerana terlalu sensitif dengan gurauan di Internet.

    “Saya sangat sedih kerana legenda harimau Cisewu dimusnahkan. Selamat tinggal harimau yang lucu,” kata pengguna Twitter, Blackvels. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,302
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    [​IMG]
    Patung harimau berwajah lucu diturunkan.


    [​IMG]
    Patung harimau yang baru lebih gagah dan garang.
     

ibeli4u

Share This Page