Dalam Negara Pasport Malaysia dinobat ke 5 paling berkuasa

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,444
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Pasport Malaysia dinobat kelima paling berkuasa dalam penarafan dunia, susulan status pemegang dokumen perjalanan itu boleh mengunjungi 153 negara tanpa memerlukan visa.

    Kajian terbaru untuk 2017 yang dikemukakan Indeks Pasport Arton Capital's menerusi laman web rasminya, turut menyaksikan Malaysia berkongsi kedudukan dengan Kanada, Ireland dan New Zealand.

    Greece, Korea Selatan dan Australia berada di tangga keenam dengan masing-masing memperoleh 152 markah, manakala beberapa negara rantau Asia seperti Vietnam di tangga ke 76, China (66), Filipina (64) dan Thailand di kedudukan ke-55.

    Analisis perbandingan 199 pasport negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan enam jajahan takluknya itu dilaksana bersandarkan beberapa faktor, termasuk pandangan masyarakat antarabangsa mengenai negara berkaitan.

    Tahun ini menyaksikan kedudukan teratas disandang oleh Jerman dengan 157 mata, manakala Sweden dan Singapura berada pada tangga kedua dengan masing-masing memperoleh 156 mata.

    Bangladesh, Sri Lanka, Sudan Selatan, Habsyah, Somalia, Syria, Iraq, Pakistan dan Afghanistan berada pada kedudukan terbawah. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. JomHoneymoon

    Newbie

    Joined:
    Jan 17, 2017
    Messages:
    23
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Yup, lagi banyak negara di benarkan masuk makin kuatlah passport tersebut.
     

ibeli4u

Share This Page