Teknologi Pandang Pertama : HTC U Ultra – Hadir Dengan Kecerdasan Pintar Dan Skrin Kedua

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,936
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    HTC merupakan salah satu jenama yang sangat popular pada suatu masa dahulu dalam arena telefon pintar, malah sering dibandingkan dengan peranti keluaran Samsung dan menjadi antara telefon pintar flagship yang menjadi pilihan ramai. Namun, sejak HTC One M9, populariti mereka semakin berkurangan. Kini, HTC ingin cuba mencuri perhatian ramai kembali melalui keluarga telefon pintar baru yang dinamakan HTC U.


    Sokongan Skrin Kedua

    [​IMG]
    [​IMG]


    Salah satu peranti yang menjadi fokus utama melalui HTC U ini adalah HTC U Ultra. HTC U Ultra ini hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dan berbeza dengan sejumlah peranti lain, ia menyertakan sokongan skrin kedua pada bahagian hadapan – lebih kurang seperti peranti penawaran LG.

    Melalui skrin kedua ini, pengguna boleh melihat pelbagai notifikasi semasa tanpa perlu membuka skrin penuh. Pengguna juga boleh tap dua kali pada skrin kecil di bahagian hadapan ini untuk melihat kemaskini semasa tanpa perlu mengaktifkan skrin utama.


    Integrasi Kecerdasan Buatan

    [​IMG]Satu lagi ciri yang menjadi fokus utama oleh pihak HTC melalui peranti ini adalah sokongan kecerdasan buatan. Pihak HTC dilihat mengintegrasikan perkara ini melalui HTC Sense, dan mereka menekankan kepada pengguna. Disebabkan itu adalah sebabnya mengapa HTC menamakan keluarga peranti ini sebagai HTC U. Melalui integrasi kecerdasan buatan ini, HTC mengatakan ia akan memaparkan notifikasi yang amat berguna kepada pengguna berdasarkan kepada apa yang diperlukan, dan bila ia diperlukan. HTC memanggilnya sebagai HTC Sense Companion. Sokongan kecerdasan buatan ini juga turut menjadi salah satu fokus utama melalui skrin kedua – dimana ia akan memaparkan info seperti temujanji, dan info-info berkaitan.

    HTC turut menekankan yang mana kecerdasan buatan mereka turut mengawal penggunaan bateri dan menasihatkan pengguna berdasarkan kepada penggunaan dan temujanji. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai temujanji pada waktu malam, ia akan menasihatkan anda mengecas peranti sebelum keluar rumah, atau beberapa jam sebelumnya. HTC mengatakan ini jauh lebih baik daripada perlu mengaktifkan sokongan penjimatan bateri yang mengehadkan sejumlah fungsi apabila bateri hanya tinggal sekitar kurang 15%.

    Pengguna juga boleh berinteraksi dengan kecerdasan buatan ini. Untuk tujuan berkenaan, HTC U Ultra menyertakan 4 mikrofon yang boleh mendengar audio dengan jelas, dan memberikan maklumbalas yang baik melaluinya.


    Kamera 16-Megapixel Dihadapan

    [​IMG]

    HTC U Ultra ini hadir menggunakan kamera utama 12-megapixel pada bahagian belakang yang turut dilengkapi teknologi UltraPixel untuk merakamkan gambar dengan baik pada keadaan cahaya rendah. Melengkapkannya juga adalah sokongan penstabilan imej optikal, selain sokongan PDAF dan autofokus berasaskan lazer.

    Pada bahagian hadapan pula, HTC menggunakan kamera 16-megapixel dengan sokongan UltraPixel.


    Tanpa Bicu Audio

    [​IMG]

    Seperti peranti HTC Bolt sebelum ini, HTC U Ultra ini tidak menyertakan bicu audio 3.5mm khusus pada peranti ini. HTC U Ultra menggunakan port berasaskan USB-C untuk pengecasan, dan juga untuk tujuan audio. Walaubagaimanapun, pengguna tidak perlu risau untuk mencari aksesori audio baru memandangkan HTC menyertakan fon telinga khusus yang hadir dengan sambungan USB-C, dinamakan sebagai HTC USonic. HTC mengatakan ia menawarkan sokongan audio berkualiti tinggi melaluinya.


    Liquid Surface Design

    [​IMG]

    Dari segi rekaan, HTC mengatakan mereka mengambil inspirasi daripada cecair, dan menamakan ia sebagai Liquid Surface Design. Ia menggunakan binaan berasaskan kaca 3D pada bahagian hadapan yang hadir dengan refleksi berbeza mengikut sudut pandangan berbeza. HTC mengatakan ini menjadikan peranti ini lebih unik berbanding peranti lain, disamping menjadikan ia selesa di tangan. Untuk binaan bingkai, HTC menggunakan binaan berasaskan logam untuknya.

    Dari segi spesifikasi, HTC U Ultra menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan cip pemprosesan Snapdragon 821. Ia turut dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Seperti biasa, pengguna boleh memperluaskan storan menggunakan kad mikro-SD.


    HTC U Play

    [​IMG]

    Bersama-sama dengan pengenalan HTC U Ultra, pihak HTC turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar dibawah keluarga sama yang hadir dengan sokongan kecerdasan buatan tersendiri – tetapi tanpa skrin kedua, dan pada spesifikasi pertengahan. Ia dinamakan HTC sebagai HTC U Play.

    HTC U Play menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10, dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB, dan kamera hadapan serta belakang 16-megapixel.


    Penutup

    HTC melalui kedua-dua peranti ini dilihat menekankan kepada sokongan kecerdasan buatan, dan juga binaan berasaskan kepada Liquid Surface Design. Seperti biasa, segalanya akan bergantung kepada harga penawaran kedua-dua peranti ini di Malaysia, disamping pada masa yang sama pada promosi yang bakal dilakukan oleh HTC untuk pasaran tempatan.

    Menurut wakil HTC, kedua-dua peranti ini dijangka hadir ke pasaran tempatan sekitar penghujung Februari 2016 kelak.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page