Luar Negara Obama ucap selamat tinggal kepada penyokongnya

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 11, 2017.

By Net on Jan 11, 2017 at 2:55 PM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    13,994
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0
    [​IMG]
    OBAMA memeluk penyokongnya pada majlis perpisahan di Chicago. - Foto AFP

    [​IMG]
    REAKSI Michelle Obama dan anaknya, Malia pada majlis perpisahan di Pusat Konvensyen McCormick di Chicago. - Foto Reuters

    PHILADELPHIA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, hari ini mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih kepada penyokong yang menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di kampung halamannya di Chicago.

    Majlis itu menandakan pengunduran tidak rasmi Obama sebagai Presiden AS, sebelum secara rasmi ia diambil alih Donald Trump pada 20 Januari ini.

    Ribuan menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di Pusat Konvensyen McCormick di Chicago itu.

    Kejayaan Obama ke Rumah Putih pada 2007 dan memegang jawatan itu selama dua penggal adalah hasil sokongan kuat penyokong, khususnya berketurunan Afrika-Amerika.

    Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah isterinya, Michelle Obama serta anaknya, Malia.

    Chicago adalah kampung kelahiran Michelle yang dibesarkan di Side South dan keluarganya masih mempunyai kediaman di situ.

    Antara perkara yang dibangkitkan dalam ucapannya, Obama menyatakan keyakinan bahawa Parti Demokratik bakal berkuasa semula pada masa akan datang.

    Beliau juga yakin AS akan kembali menjadi kuasa utama dunia. - AP


    [​IMG]
    OBAMA hari ini mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih kepada penyokong yang menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di kampung halamannya di Chicago. - Foto Reuters

    [​IMG]
    OBAMA bertemu penyokongnya yang menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di kampung halamannya di Chicago. - Foto AFP

    [​IMG]
    RIBUAN menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di Pusat Konvensyen McCormick di Chicago. - Foto AFP

    [​IMG]
    OBAMA bersama isteri, Michelle Obama dan anak perempuannya, Malia melambai tangan kepada orang ramai yang hadir di Pusat Konvensyen McCormick di Chicago. - Foto AP

    [​IMG]
    OBAMA memeluk isterinya, Michelle selepas menyampaikan ucapan pengunduran tidak rasmi sebagai Presiden AS, sambil disaksikan Naib Presiden, Joe Biden dan isteri, Jill. - Foto Reuters

    [​IMG]
    OBAMA mengesat air matanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perpisahan. - Foto AP

    [​IMG]
    ANTARA penyokong yang hadir pada majlis perpisahan Obama di Chicago. - Foto AFP

    BHarian
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 11, 2017.

Share This Page