Luar Negara Obama harap Trump berani berdepan dengan Russia

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 19, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    [​IMG]
    OBAMA melambai ketika menaiki pesawat AirForce One di Berlin semalam.

    BERLIN – Presiden Amerika* Syarikat (AS), Barack Obama berkata bahawa beliau berharap Donald Trump akan berani berdepan dengan Rusia.

    Bercakap di Berlin semasa lawatan terakhirnya ke Eropah kelmarin, Obama turut memuji Canselor Jerman, Angela Merkel sebagai rakan kongsi antarabangsa yang cemerlang.

    Jerman dianggap standard baharu demokrasi ketika dunia terus menanti bagaimana Trump akan mencorak semula senario politik global.

    Dalam satu sidang akhbar di Berlin, Obama dan Merkel me*negaskan pendirian bersama melibatkan perdagangan bebas, perubahan iklim dan blok Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.

    Mengulas berhubung konflik di Syria dan Ukraine pula, Obama berkata, beliau berharap Trump yang sebelum ini memuji Pre*siden Vladimir Putin akan berani melawan Rusia apabila negara itu bercanggah dengan nilai AS dan norma antarabangsa.

    Kata Obama, Rusia merupakan kuasa besar ketenteraan dengan pengaruh di seluruh dunia tetapi beliau menasihati Trump agar tidak membuat perjanjian dengan Moscow yang boleh menjejaskan negara-negara lebih kecil.

    “Perkara ini adalah sesuatu yang kita akan ketahui selepas Trump membentuk Kabinetnya,” kata Obama.

    Menurut Obama lagi, beliau optimis tetapi tetap berhati-hati tentang penggantinya itu ketika Trump beralih daripada berkempen kepada mentadbir negara.

    “Terdapat tanggungjawab berat di White House, ia memaksa anda fokus dan serius.

    “Jika anda tidak serius tentang kerja ini (Presiden AS) besar kemungkinan anda tidak akan kekal lama di White House,” kata Obama. – AFP/Kosmo
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page