Luar Negara Nokia perkenal telefon baru - Nokia 150

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Dec 15, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,189
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]

    HELSINKI 14 Dis. – HMD Global, pemilik baharu jenama Nokia memperkenalkan telefon pertamanya, Nokia 150 yang dipasarkan pada harga AS$26 (RM155), lapor portal Engadget.

    Menurut laporan itu, Nokia 150 bagaimanapun bukanlah telefon pintar, sebaliknya ia adalah telefon mudah alih biasa yang direka tahan lasak dengan bateri tahan lama selama 22 jam dan modelnya hampir sama dengan Nokia 216, peranti terakhir Nokia oleh Microsoft yang dikeluarkan September lalu.

    Peranti dengan skrin 2.4 inci dan kamera VGA tersebut dibangunkan oleh anak syarikat Foxconn, FIH yang membeli perniagaan telefon Nokia daripada Microsoft untuk edaran Asia Pasifik, India, Asia Barat, Afrika dan Eropah pada awal tahun depan.

    HMD Global sebelum ini mengumumkan untuk melancarkan telefon jenama Nokia baharu dikuasakan dengan Android, yang merupakan berita gembira kepada peminat jenama tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif HMD Global, Arto Nummela yang sebelum ini memegang jawatan eksekutif di Microsoft dan Nokia dalam temu bual dengan Economic Times memberitahu, peranti tersebut akan dipasarkan pada separuh pertama 2017.

    Berdasarkan khabar angin baru-baru ini, HMD Global mungkin memperkenalkan telefon Android baharunya pada Mobile World Congress Februari tahun depan. – agensi/Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page